Tuesday, 8 December 2015

abah superhero, abah pasti boleh !!!

16 September 2014 . 
abah balik dari operasi buat tangkapan penagih, abah lepak minum bersama kawan kawan di Hijjaz . abah kata kat kawan kawan yang dia tak sedap perut, tak sedap dada . kawan kawan dia suggest minum halia . abah pun minum . lepas minum, tiba tiba abah berpeluh peluh . abah start enjin kereta gagah pergi Hospital Tampin drive sorang sorang . abah still berpeluh peluh . basah kuyup baju abah katanya . sampai hospital, doc terus kata masuk emergency . check punya check, abah kena tahan ward . doc kata abah kena heart attack . Allahu Akbar !!! 

masa kejadian, aku berada di Beranang sebenarnya . tengah study . malam tu on the phone dengan mama, kami saling bertanya khabar sihat ke tengah buat apa, dah makan ke . aku jawab makan dah, tengah study sambil sembang dengan housemates, okay je sihat je cuma sakit kepala sikit mungkin sebab stress kot . dan mama pun juga kata tengah tengok tv, dah makan, okay semua sihat . aku pun ye kan je . aku memang perasan suara mama seakan sesuatu . macam suara orang baru lepas nangis . tapi aku sangkakan mungkin mama selsema . memang masatu aku tak dapat tangkap apa apa . sampailah tak lama lepastu dapat call daripada adik bertanyakan aku nak ikut dia balik Tampin atau tak . aku tanya kenapa, dia memberitahu bahawa abah warded . betapa luluh hati aku mendengarnya . aku tak dapat nak berfikir apa . terus aku call mama semula dan tanya benarkah abah warded . dan mama pun ye kan je . mungkin akibat terlalu risau, aku jadi marah . aku agak marah kepada mama kenapa tak memberitahu kepada aku . kenapa tak menceritakan kepada aku keadaan sebenar . aku menangis . kawan kawan serumah cuba memujuk aku . aku menantikan kedatangan adik untuk menjemput aku dan kami pulang ke Tampin bersama . sampai sampai Tampin, kami terus ke Hospital Tampin . sampai sampai di ward, nampak abah mama tengah tengok tv . Allahu sebaknya dada menahan rasa . nak gugur jantung tengok abah . abah kata abah okay . aku sedikit lega tapi jauh disudut hati, aku masih amat risaukan abah . 
                                           
abah tengah tidur . 
doc minta supaya biarkan abah rehat

doc tak dapat nak mengesahkan dengan lebih lanjut keadaan abah . doc suggest untuk bawa abah ke doc pakar . abah mahu refer ke IJN .

daftar abah di IJN

11 november 2015
abah ditahan ward di IJN beberapa hari untuk melaukan angiogram
untuk lebih memastikan bagaimana keadaan abah .
dan doc sahkan bahawa abah mengalami jantung tersumbat .
3 saluran jantung abah tersumbat .
dan abah perlu menjalani pembedahan by-pass
iaitu ambil urat kaki abah dan ganti urat baru dijantung abah .

balik berehat dirumah maklong
abah nak kepalanya dibotakkan
persiapan untuk dibedah

28 januari 2015
abah sedang belajar pernafasan sambil menunggu saat saat 
dan detik detik untuk ditolak ke Dewan Bedah




28 januari 2015
12.00 tengahari abah masuk Dewan Bedah
abah masih dalam Dewan Bedah, 
kami tiga beranak menantikan abah 
didepan ruangan ward ICU



finally, after 5 hours 30 minutes . 
Alhamdulillah

saluran jantung abah tersumbat 3 tapi doc kata 
hanya lakukan 2 yang tersumbat .
lagi satu saluran, doc tak dapat buat
kerana urat dijantung terlalu kecil untuk diganti dengan urat kaki

urat yang diambil dari kaki untuk digantikan baru dijantung

keadaan abah selepas beberapa hari pembedahan 

abah ajak jalan jalan nak keluar minum .
anak jantan dia pun bawalah .

cousin, eiman ajak semua makan pizza . dia belanja .
kebetulan esoknya 16 febuari birthday abah .
sukanya abah dapat makan sedap sedap

abah nak picnic
mulanya nak pergi anak beranak dengan nenek 
ke Sg Congkak .
sudahnya kakyang sekeluarga pun follow .
seronok .
sukanya abah .

**you know what, abah gataii nak drive sendiri
ni pi picnin . hm hm . 
nakaii abah ceq ni . nak jugak drive .
padahal baghu 3 minggu jantung tu .
katanya abah okay je, takde ape


ni abah ajak jalan jalan makan angin ke Bagan Lalang pula
bosan katanya duduk rumah .




syukur Alhamdulillah . proses pemulihann kesihatan abah jauh lebih cepat daripada aku . aku 3 bulan pantang betul makan minum itu ini semua tak boleh . jalan pun tak betul . tapi abah, jalan kemain lurus, laju, baru 3 minggu dah nak drive pergi sana sini, makan itu ini tak berapa jaga pantang sangat . 

tak kisahlah, asalkan abah beransur pulih . Alhamdulillah


doakan yang terbaik buat kami sekeluarga ya . moga kami yang ada pengalaman sakit berkaitan jantung dan amat merbahaya ini tidaklah berulang semula dan tidaklah juga terjadi kepada ahli keluarga serta kita semua . aamiinn aamiinnnnn