yeahh maybe it is too late
hek elehh umur 24 baru nak dapat lesen, orang lain lepas SPM dah buat lesen dah .
but whos care right ?
ahahahahaa
okay la aku pendekkan cerita
5 September 2015 (sabtu)
dengar ceramah
bosan jugalah menapak sorang tiada kawan . mengantuk kuasa dua .
12 Oktober 2015 (isnin)
ujian berkomputer
lulus !!!! 45/50 okayyy hahahahahahahaha
27 November 2015 (jumaat)
10.30am - 12.30pm
first day driving with Cikgu Sapuri (ketua cikgu)
29 November 2015 (ahad)
2.00pm - 4.00pm
second day driving with Cikgu Meze
1 Disember 2015 (selasa)
2.00pm - 4.00pm
third day driving with Cikgu Hafiqa
guess what ? aku ingatkan "Hafiqa" tu nama perempuan . so dalam kepala otak aku aduhh cikgu perempuan ajar la, mesti banyak peel ni nanti . adehh . alih alih rupanya cikgu lelaki do . aku pandang terus ke muka dia tanpa kelip kelip mata kepala otak aku ni . serious ah nama mamat ni hafiqa ??!!!
2 Disember 2015 (rabu)
patutnya ada driving class dengan Cikgu Hafiqa 2 until 4pm tapi aku tak dapat attend . sakit kepala kuasa dua .
12 Disember 2015 (sabtu)
2.00pm - 4.00pm
and tarikh ni patutya aku ada driving class dengan Cikgu Hafiqa lagi tapi masa ni aku dah selamat jejak dunia Perak dah tengah seronok mengembara cuci mata tengok Menara Condong buat pertama kalinya . ahahahahahaa
2 Januari 2016 (sabtu)
with Cikgu Sharul, 2 until 4pm
sporting sangat cikgu ni . best drive dengan dia . dia banyak kongsi tips .
3 Januari 2016 (ahad)
again with Cikgu Sharul, 2 until 4pm .
6 Januari 2016 (rabu)
again and again, with Cikgu Sharul, 4 until 5pm .
10 Januari 2016 (ahad)
10.30am
tarikh ni aku dah QTI test . but unluckily, perut aku buat hal . ulang alik toilet . don't know why . so, abah decided to cancel this test .
16 Januari 2016 (sabtu)
10.30am
aku QTI test masa ni . kata orang, QTI ni macam the real la to face the JPJ . so agak nervous la jugak . part present RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan) RSM (Rutin Sebelum Memandu) aku okay dah . then drive . Cikgu Johari kata aku kena jaga jaga kat parking and tiga penjuru . fuhh . lain yang aku risau, lain yang aku nyawa nyawa ikan . adoiiii lahaiii
21 Januari 2016 (khamis)
finally, semakin hampir dipenghujung perjuangan aku . tarikh ni aku JPJ test . present okay . bukit okay . jalan zigzag okay . jalan s okay . parking okay . tiga penjuru ku sangka okay .bila dah gerak ke tanjak, cikgu tahan kereta . kantoi rupanya aku kat tiga penjuru tadi sebab main brek . zzzzz k k fineee
3 Febuari 2016 (rabu)
2.00pm - 4.00pm
last driving class with Cikgu Meze . ini hari la paling mood aku spoil selama aku driving . cikgu kemain garang . sesuka je sound . siap kata aku memang berpeluang lagi failed kali kedua . dia bengang siap ajak aku keluar kereta tengok position kereta aku bawak tu macam mana . dah la aku tengah moody . kena sound pulak lagi . memang bertambah moody aku . badmood habis . habis driving, melayang rm200 aku bayar repeat JPJ test . zzzzz
4 Febuari 2016 (khamis)
againnn, JPJ testtt !!! kali ni aku chill . nervous memang nervous tapi aku cuba control . berlagak konon tak nervous . nama pertama pulak tu daripada 35 orang . chill . and aku bersyukur sangat sangat . Allah SWT melindungi aku . masa aku present RPK and RSM, orang JPJ tak ikut aku pun tak check pun apa aku present . then jalan kat bukit, okay cun . jalan zigzag aku rasa macam tak lepas, aku reverse sikit then jalan, okay cun . jalan s cun . parking cantik . sampai tiga penjuru, aku tenang sangat hadap . aku tak tahu la JPJ tu baik hati sangat ke atau Allah tutupkan matanya untuk perasan apa aku buat kat tiga penjuru tu atau macam mana entah laaa . aku sebenarnya bila nak masuk tiga penjuru tu memang aku break . itu mahu failed buat kedua kalinya faham takkk ??!!! aku break sebab dengar orang JPJ yang tengok aku tuu dia "oppp opppppp" katanya . aku jadi terkejut . gelabah la apahal dia op op pulakk dahhh . then aku pandang dia, dia kata jalan jalan, aku pun jalan je la macam biasa . fuhhh cantik rupanya woiiii . then buat tanjak, takyah cerita ah memang cun . and finally, i've done !!!
orang JPJ kata tahniah, awak lulus dah sambil senyum kat aku . aku terima kasih je mampu dan senyum senyum segan .
Alhamduulillah
kalau orang lain sebulan je buat lesen tapi aku dari tahun lepas sampai tahun ni baru dapat lesen . berbulan bulan buat lesen . tak kisah pun apa orang nak cakap . banyak hal lain . kadang emergency case . kadang balik kampung, kadang pergi sini sana . ala tak kisah la, asalkan aku dah selamat ada lesen . heaven dah aku . lepas dah azab driving school tu . ehehehehe
syukur Alhamdulillah
terima kasih sebenarnya sangat sangat kat Makja sebab dia yang support lesen aku . aku memang dari awal dulu dah cakap kat mama abah, kalau aku nak buat lesen nanti, nak buat auto je taknak amik manual, malas nak belajar gear . then bila Makja asyik tanya nak duduk dengan dia ke, aku cakap okay je . then agaknya Makja mungkin berdua agak risau, jadinya dia support lesen aku . sebenarnya hajat aku bila dah dapat lesen, aku nak balik kampung nak jumpa Wan and Makja tapi belum berkesempatan . kampung pun bukan sejengkal dua . berpuluh kilometer pulak tuu . kat Kuala Krau kat Temerloh sana . Tampin ke Kuala Krau ikut jalan lama ni dalam 3 jam lebih nak ke 4 jam . in shaa Allah, jika ada rezeki aku nak balik sana .
terima kasih juga sebenarnya kat abah mama banyak bagi kata kata semangat . bebel bebel itu ini sebab aku macam nak taknak je macam takde perasaan je, padahal dalam hati ni Allah je tahu . hahahahaha .
terima kasih juga kat kawan kawan . Put, Mira, Sue, dan lain lain . mereka pun banyak bagi support . punyalah tak sudah sudah "bila nak ada lesen ni tak sabar ni nak Cyap bawak jalan jalan" . lol ahahahahahahaha
terima kasih akak akak kaunter banyak tolong uruskan pendaftaran la urus driving schedule la apa la bagai and terima kasih cikgu cikgu sudi ajar dari zero tak tahu apa apa . nak membalas stereng pun terhegeh hegeh, sekarang dah teror dah . pandai main minyak la kata cikgu, pandai main break la kata cikgu tak macam certain budak break main break mengejut la apa . hehehehehe . sampailah sekarang dah tahu dah .
terima kasih ya Allah,
walaupun kadang ada liku liku
tapi
akhirnya Kau permudahkan segala
Kau melindungi diri ku .
Alhamdulillah syukur .