Thursday, 21 September 2017

itinerary ringkas ke Bandung 2017

memandangkan baru balik daripada Bandung seminggu dua lepas . so bumi Bandung masih bermain main dikotak fikiran ingatan jiwa . ya, sis masih belum move on . ya benarrr .

percutian ke Bandung ni adalah pertama kali sis bersama keluarga . kami belum pernah naik kapal terbang sebelum ini dan apatah lagi bercuti ke luar negara .

tak dinafikan Bandung memang sangat seronok untuk dilawati . bercuti bersama keluarga mahupun bersama sahabat .

dalam entri sebelum ini, sis dah ceritakan a to z percutian ke Bandung serta gambar gambar dan juga info info untuk dikongsikan .

dan dibawah ini antara point point penting yang sis tuliskan secara terperinci .

tarikh : 8, 9, 10, 11, 12 September 2017 (5 hari 4 malam)

tiket : Air Asia KUL-BDO-KUL (return) rm585/pax include meals (depart and return) and baggage 20kg = rm116 (for return) . 

*harga tiket dibeli semasa bukan promosi

penginapan : homestay Omah Lamping di Jalan Lamping
*reason why menginap di homestay adalah kerana pergi dengan family abah juga . total kami semua 9 orang (7 dewasa, 2 kanak kanak)

tukaran matawang : rm327 = 1 juta rupiah

putaran masa : jika waktu Malaysia 8pm, waktu Indonesia 7pm

supir/kenderaan : grab
*aku nasihatkan elok 4 orang satu kereta

itinerary : 5 hari 4 malam

day 1
● KLIA 2 (KUL) - Husein Sastranegara Airport (BDO) flight AK416 by Air Asia 6.45am - 8.05am . 
● breakfast di Restoran Sederhana, lokasi depan Hotel Harris . ofcourse nasi padang . *recommended
● check in homestay
● shopping di Pasar Baru
● dinner KFC di BTC (Bandung Trade Centre)

     **total grab for day 1 : 5 kali grab = <40k

day 2
● shopping di Pasar Baru
● lunch di gerai nasi padang Sederhana foodcourt Pasar Baru . *abang guide yang suggest dan tak dinafikan memang sedap
● shopping di outlet area Dago
● dinner di Stone Cafe, Dago Pakar

     **total grab for day 2 : 4 kali grab = <50k

day 3
● walking at Cihampelas (CiWalk)
● shopping di Pasar Baru
● walking at Jalan Asia Afrika, Alun Alun Bandung
● lunch at Java Bean bersebelahan Rumah Mode
● shopping di Rumah Mode

      **total grab for day 3 : 2 kali grab = <30k

day 4
● ke Lembang ke kita bersama tour guide nama Dani and his mini van 12 seats . *sewa 1juta rupiah for 12 hours . perjalanan dari Bandar Bandung ke Lembang lebih kurang 1 jam jika tak banyak kereta . kalau weekend confirm jammed !
   a) The Lodge Maribaya (10k)
       ▪ Gantole (30k)
       ▪ Sky Tree (10k)
       ▪ Zip Bike (20k)

             total : 70k rupiah

           **ada camera automaticly take our picture with each game yang kita main . sekeping gambar 10k

             total : 15 gambar = 150k rupiah
      
   b) Taman Begonia (10k)
   c) Floating Market (10k)

         balik ke Bandar Bandung semula

● lunch di Restoran Simpang Raya di area Dago . and of course nasi padang juga . *recommended
● shopping di Heritage
● shopping di Passion

day 5
● shopping di Paris Van Java (PVJ)
● lunch di Domino's Pizza PVJ
● shopping di Ace Living Plaza . nak cari bag scale je sebenarnya untuk timbang berat bag
● Husein Sastranegara Aiport (BDO) - KLIA 2 (KUL) flight QZ173 by Air Asia 7.45pm - 10.15pm with check in bag 20kg

      **total grab for day 5 : 4 kali grab = <40k


motif ke Bandung ni yang utama adalah nak shopping . shopping kain lace . mama sis memang gila dengan kain lace . tengah musim agaknya kot . ada harga semeter 20k, 40k, 60k, 80k, 100k, 400k . harganya jauh lebih murah tiga kali ganda berbanding di negara kita sendiri . contohnya kalau di negara kita harga mungkin semeter rm800, di Bandung boleh dapat rm200 rm300 semeter . itu belum kira kain lace biasa, di negara kita 2meter rm150 tapi di Bandung boleh dapat harga rm40 rm60 . murah kan ? so after 5 days we're at Bandung, we've got almost 50pcs kain lace . mama sis je borong sampai 11 helai . kain mahal, kain murah semua mama sis borong . shopping sakan . dan tak dinafikan Pasar Baru adalah syurga bagi wanita . 


selain shopping kain lace, of course beli baju ''i love bandung'' . adat la kan kita pergi tempat orang mesti nak beli baju dia . di Pasar Baru boleh dapat harga 100k untuk 6 helai . dan juga long sleeve 3 helai 100k . murah kan ? apa lagi, borong la baju baju tshirt bandung .


tak dilupakan juga ole ole . fridge magnet dan keychain mestilah wajib kannn . dan beli juga barangan lain sebagai kenangan daripada Bandung .


sebelum ke Bandung, parent tukar matawang siap siap 6 juta = rm1962 .

bila di Bandung, tak puas shopping punya pasal, kami tukar lagi matawang 1 juta = rm323 .

so total kami belanjakan disana adalah 7 juta rupiah = rm2285 . dan itupun masa nak balik masih ada baki dalam 50 ke 60k .

tiket flight Air Asia return KUL-BDO-KUL termasuk check in bag 20kg untuk tiga orang masa balik, dan penginapan termasuk breakfast untuk sis dan parent sis, kami bertiga untuk 5 hari 4 malam, total rm1692 .

so, total untuk percutian kami sekeluarga (3 orang) ke Bandung selama 5 hari 4 malam adalah rm3977 . 


kalau total for per person, rm1000+ . 


mungkin boleh dapat dikurangkan lagi kos jika anda tak minat shopping ataupun tak berapa shopping sangat, mahupun tak menyewa homestay untuk menginap . selain itu, mungkin juga dapat mengurangkan kos dengan promosi harga tiket flight, meal, dan check in bag . 


pesanan sis, sentiasalah survey promosi tiket flight dimana mana web yang dipercayai .


untuk gambar gambar, anda boleh lihat di entri sebelum ini dan juga instagram sis @eykadaniah dengan #eykadaniaXbandung

keluarga bahagia sis 💕 

happy family
my aunt, my uncle, my cousin, my nephew


Friday, 15 September 2017

travel itinerary ke Bandung 2017

travel ke Bandung menjadikan aku buat kali pertama ke luar negara, pertama kali bercuti jauh dari tempat sendiri . sebab selalunya aku bercuti dekat dekat je .

percutian selama 5 hari 4 malam di Bandung bertarikh 8-12/9 2017 adalah sangat menyeronokkan . tak ternilai rasanya perasaan yang dirasakan . pertama kali naik kapal terbang, pertama kali lihat awan depan mata dengan lebih dekat, pertama kali pergi travel negara orang . syukur

disini aku akan jelaskan travel itinerary aku and family .

8 Sept 2017 (hari pertama)
flight 6.45 pagi, AK416 (Air Asia) di KLIA2 . aku and family ada kat airport 3 jam sebelum, so 3.30 pagi kitorang dah terpacak kat airport terus pergi kaunter check in bag . dah settle check in bag, kitorang pergi breakfast kat McD . dalam 5 lebih nak ke jam 6 pagi kitorang dah masuk Gate L . around 6.15 pagi dah boleh masuk flight . nak ke Bandung amik masa lebih kurang 2 jam lebih . Alhamdulillah, kitorang sampai Hussein Sastranegara International Airport (BDO) dalam jam 8.20 pagi waktu Indonesia . proses collect bag, imigresen semua cepat dan tangkas . sebab airport kecik, so cepat je settle .
then kitorang amik grab untuk ke homestay kitorang di Jalan Lamping . oh ya, nak bagi info . grab tak boleh park depan airport untuk jemput korang . so, korang kena jalan jauh sikit dalam 300 ke 500 meter untuk jumpa grab yang menanti korang . rasanya mana mana negara pun sama, grab tak boleh ada kat aiport . kalau di Bandung setahu aku, grab nak hantar orang ke airport boleh, kalau nak jemput tu yang tak boleh .
sampai homestay, terus nak cari makan . lapar sangat . masing masing kebulur . eh kita ni bila dah sampai Indonesia ni wajiblah kena pekena nasi padang . makanya kami lunch di Restoran Sederhana, restorannya berdepan dengan Hotel Harris . ya Allah . sedap tak terkata . bila dah kekenyangan, kitorang balik rehat sambil tunggu zohor . lepas zohor terus kitorang gerak mulakan misi berjalan cuci mata . dan terjadilah suatu tragedi dimana kitorang terpisah . booking dua grab . satu grab betul ke lokasinya, satu lagi grab yang aku naik salah lokasi . suka suka je driver tu hantar kitorang entah mana mana . makanya terbuang masa disitu je hampir 4 5 jam mencari semula family members yang lain . bila dah jumpa, dah malam pun . kitorang dinner kfc je then balik rumah .

9 Sept 2017 (hari kedua)
pagi pagi dah bangun siap siap nak ke Pasar Baru setelah semalamnya tragedi terpisah dan masa banyak terbuang disitu . makanya harini tanpa buang masa, pagi pagi lagi dah terpacak kar mall Pasar Baru . hellooooo, siapa tak tahu Pasar Baru . syurga bagi mak mak kita . kain lace murah murah . sehari suntuk duduk kat Pasar Baru . lunch pun dalam Pasar Baru . di foodcourt . gerai nasi padang . ya Allah, sedapnya . kenyang . puas . and then petangnya kitorang gerak ke Kartika Sari . siapa tak tahu Kartika Sari, mall sebesar rumah banglo and ada restoran dalam tu jual segala brownies sedap sedap . and memang betul sedap, aku try makan brownies coklat . maa shaa Allah rasa dia nikmat fuhhh . dah settle Kartika Sari, kitorang gerak pergi Adidas Outlet, Nike Outlet . Kartika Sari deret je dengan outlet lain cuma beza selang beberapa kedai . lepas dah cuci mata, kitorang kelaparan . masa untuk makan malam . we all plan nak makan kat area Dago Pakar, restoran Stone Cafe nama dia . jujur aku kata, restoran dia memang gempak, memang cantik, memang awesome . tak terkata . kawasan Dago ni atas bukit . so korang akan nampak view Bandar Bandung dari atas bukit . Stone Cafe ni di Dago Pakar, betul betul atas bukit yang dinamakan Dago Highland . so view memang nampak semua la kat bawah . cantik sangat . bila dah bahagia rasa, kitorang pun balik rumah .

10 Set 2017 (hari ketiga)
pagi ni bangun siap siap dan mulakan aktiviti dengan berjalan di Cihampelas atau nama pendeknya CiWalk . CiWalk tak jauh daripada homestay kitorang, dalam 300 meter je . so kitorang decide, berjalan je . macam biasalah sampai gerbang, wajiblah bergambar sebagai kenangan . pasal awal pagi lagi, so tak banyak kedai yang bukak . tak apa la, jalan jalan je cuci mata . dah puas berjalan di CiWalk . call grab suruh bawa ke Pasar Baru . macam biasalah, shopping lagi . tapi tak lama . next, kitorang pergi ke Jalan Asia Afrika di Alun-Alun . disinilah kitorang nampak masjid . masjid yang agak besar di Bandung . menariknya, ramai orang . ada orang berbaring di masjid . mungkin nak tunggu waktu seterusnya . ada yang membaca di masjid . seronok tengok . sejuk hati rasa . Allahu . kemudian kami teruskan perjalanan ke Rumah Mode . ya Allah . betapa seronoknya Rumah Mode sebuah factory outlet . tandas dia pun bersih dan mewah . apatah lagi outlet outlet dia, cantik sangat . sebelum tu kitorang singgah lunch di Restoran Java Bean dalam Rumah Mode .restoran dia tiptop, sedap dan berbaloi .

11 Sept 2017 (hari keempat)
patutnya semalam berjalan ke Lembang tapi cancel sebab transportation on off . but luckily harini we all confirm ke Lembang . dan ada hikmahnya semalam tak kemana sangat . satunya sebab semalam weekend, hari ahad . ofcourse la ramai orang dan jalan jammed . and sebab lain, akak sepupu dan anaknya tak dapat join sebab anaknya tak berapa sihat . harini semua Alhamdulillah okay, so kitorang dipermudahkan rezeki dan perjalanan ke Lembang . tour guide sampai homestay kitorang 7 pagi . padahal dah janji nak gerak 7.30 pagi . awal betul dia datang . tapi dia okay je . kitorang ajak dia breakfast sama . dah selesai semua makan, kitorang mulakan perjalanan ke Lembang . nak ke Lembang dari Bandar Bandung lebih kurang 30 ke 45 minit kalau tak jammed . tapi masa kami kesana hampir sejam jugak . banyak kereta tapi syukurlah jalan tak sesak mana . sampai je Lembang, kitorang decide nak pergi few places yang dah dirancang .

1. The Lodge Maribaya
The Lodge Maribaya ni suatu tempat yang menarik . ada macam macam aktiviti disini . kami spend masa hampir 4 jam disini . seronok tak terkata . puaslah gelak tawa, menangis, selfie, wefie,

2. Taman Begonia/Kebun Begonia
taman ni tak jauh daripada The Lodge Maribaya . kat sini taman bunga . makcik makcik suka bunga, so decided nak kesini untuk bergambar .

3. Floating Market Lembang
kat sini boleh bersampan tapi kitorang habiskan masa dengan bergambar sebab sini cantik tempatnya .

dah puas berjalan ke Lembang, kitorang pulang ke Bandung mencari makan . lapar kemain masing masing . kitorang decide nak makan kat Restoran Simpang Raya . dapat pulak makanan sedap sedap . ya Allah . semua makan tak ingat dunia . hahahahahaha . seterusnya kitorang ke Heritage untuk shopping . Heritage ni outlet jugak . dah puas kat Heritage, pergi Kartika Sari semula untuk borong brownies . dah sudah borong brownies, dalam perjalanan pulang ke homestay, kitorang lalu di kawasan ITB (Institut Teknologi Bandung) . besarnya ITB . dengan sesaknya, dan mostly sini student je semua . dah sampai rumah, puas rasanya . penat dari pagi keluar berjalan . malam baru jumpa jalan balik rumah . hahahahaha

12 Sept 2017 (hari terakhir)
harini hari terakhir we all kat Bandung . so jangan biarkan masa terbuang . we all decided nak ke Paris Van Java (PVJ) . ingatkan hanya indah pada nama, bila dah sanpai sini ya Allah cantiknya tak terkata . PVJ ni macam Genting Hinghland Outlet (GPO) , A'Famosa Premium Outlet (MPO) , Johor Premium Outlet (JPO) . semua branded oulet ada sini . dan bergambar menjadi kewajipan . masing masing dah lapar, kitorang lunch Domino's Pizza kat PVJ ni . hamboiii aku ni kat malaysia tak pernahmakan dominos, kat indonesia pulak makan dominos . hahahaha . next, kitorang singgah ke ACE Living Plaza di Dago . nak beli bag scale untuk timbang bag kitorang takut terlebih berat tapi dah habis la pulakk . kitorang terus balik homestay and angkut semua bag gerak pergi airport . sampai airport dalam 3.45 ke 4.00 petang waktu sana . sampai airport nak check in bag tapi kaunter bukak 5 petang . so nak kena tunggu sejam lagi . bila kaunter dah bukak, terus masuk dan check in bag and boarding . then imigration, scan semua . Alhamdulillah . next tunggu gate bukak je nak naik flight . jam 7.15 malam  gate dah bukak, naik flight . jam 7.45 ke 7.50 flight QZ173 (Air Asia) di Hussein Sastranegara International Airport mula diterbangkan . makanya, selamat tinggal Indonesia .

nota :

1. flight ke luar negara, kita nak kena ada di airport 3 jam sebelum . kalau flight 6 pagi, 4 pagi korang menapak la kat aiport .

2. bila dah sampai airport yang dituju especially international airport, belilah simcard sana awal awal dan make sure simcard tu dah boleh digunakan untuk call dan internet . senang untuk kemudahan internet contohnya grab, google maps, google search dan sebagainya

3. Bandung adalah kawasan diatas bukit . that is why Bandung agak sejuk . kalau musim sejuk, memang sejuk la . kalau musim panas, panas panas pun berangin je sebab atas bukit . tak sepanas negara kita . Bandung ni lebih kurang macam Cameron Highland mahupun Genting Highland la sejuknya panasnya .

4. Pasar Baru . terletak ditengah bandar Bandung . sebuah tempat shopping bertingkat setinggi 7 tingkat dan kebanyakannya jual kain kain yang sangat murah murah dan berbaloi kalau beli . tempatnya crowded . kalau tak biasa, sesat, confirm tak jumpa jalan keluar . so korang nak kena mintak tolong tour guide dalam Pasar Baru tu .

5. tempat makan . pergi je mana mana restoran kat bandar Bandung ni . confirm sedap . tempat yang kitorang pergi, Restoran Sederhana dan Restoran Simpang Raya . tak berani nak makan kat tempat yang biasa biasa punya, nak selamat makanlah KFC, Pizza dan nasihat aku untuk yang beragama islam, makanlah di restoran restoran yang besar besar sikit dan yang islamik . kalau korang confident makan kat tempat biasa biasa, terserahlah .
dan kami juga merasa makan di Stone Cafe pada malam hari kedua . terletak di Dago Pakar, Dago . Dago Pakar ni diatas bukit paling tinggi . harganya agak mahal tapi tak la semahal di malaysia . kalau Stone Cafe tuu mewah tenpatnya makan di malaysia mesti 600 700 atau ke 1000 kena bayar agaknya, tapi disana baru berapa ratus je kalau convert duit kita pun . berbaloi la makan pun sedap .

6. Dago . sebuah nama tempat . kat Dago ni banyak outlet . contohnya Kartika Sari, Adidas, Nike dan sebagainya . dan semua outlet macam rumah banglo besarnya dan semuanya bersebelahan je . Dago ni pun berbukit juga tapi tak setinggi di Dago Pakar .

7. Kartika Sari . sebuah tempat shopping juga . dua tingkat . besarnya macam rumah banglo la lebih kurang . dan rasanya ramai tahu brownies kat restoran sini memang the best .

8. Rumah Mode . sebuah tempat shopping . sangat cantik dan mewah . tandas dia pun kalah ruang tamu rumah kau . hahahahaha . standard Pavilion (KL, Malaysia) la ni kot .

9. Lembang . sebuah nama daerah . sebuah kawasan diatas bukit tinggi . terletak di atas (arah utara) bandar Bandung . kalau daripada Bandung, dalam 40 minit ke 1 jam perjalanan ke Lembang . kalau jalan sesak, mungkin berjam jam perjalanan jadinya . dan jalan rayanya seperti Tapah ke Cameron Highland . tapi jalan ni lagi scary daripada jalan Tapah . di Lembang ada tempat tempat seronok untuk dikunjungi contohnya Floating Market, Taman Begonia, The Lodge Maribaya .

10. Floating Market . sampai sampai je Lembang, korang akan jumpa Floating Market dulu . disini ada sebuah tasik yang dipenuhi sampan sampan . korang boleh dayung sampan sendiri dan dikenakan bayaran untuk mendayung . dan ada juga sampan yang menjual jual . korang boleh beli makanan pada sampan sampan tu kalau korang rasa yakin . kalau was was, better jangan beli . dan disini kawasannya cantik . ada mini kampung indonesia, ada mini kota indonesia . so apa lagi, bergambar sakan la .

11. Taman Begonia . taman ni sebuah taman bunga . lepas korang pergi floating, next korang akan jumpa taman ni pula . untuk yang minat bunga, bolehlah pergi sini . penuh bunga . kiri kanan atas bawah semua bunga . bergambar pun kat tengah tengah bunga . hahahaha

12. The Lodge Maribaya . kawasan ni atas bukit dan paling hujung lepas korang jumpa floating market, taman begonia dan sebagainga . entahlah, aku rasa nak ke The Lodge ni bukan bukit dah tapi atas gunung . nak pergi kesana kemain tinggi . naik van, rasa semput je van dibuatnya . scary betul . pandang sebelah tingkap nampak bawah kemain tinggi gaung . seram . tapi syukurlah dipermudahkan segala . bila dah sampai The Lodge ni ya Allah seronoknya . macam macam aktiviti ada . dan sini adalah tempat advanture contohnya Zip Bike, Sky Tree, Sky Wing, dan sebagainya .

**di Lembang juga ada De'Ranch .  De'Ranch tenpat rusa jinak, kita boleh bagi rusa makan, peluk rusa, belai dia, bergambar sakan . kitorang tak dapat nak pergi De'Ranch sebab tutup (hari isnin) . kalau pergi Lembang, akan jumpa De'Ranch dulu before Floating Market . tapi pasal tutup, so kitorang pergi next place iaitu Floating Market . 

13. ITB (Institut Teknologi Bandung) . ITB ni adalah universiti . sebuah universiti yang ternama . kalau di Malaysia, paling power UM (Universiti Malaya), di Indonesia paling power ITB la . ITB ni memang besar . besarnya macam UM, UPM Serdang . banyak gerai gerai tepi jalan dan semuanya banyak dipemuhi oleh student . so jalan jalan area ITB memang sesak . da8n untuk pengetahuan semua, kitorang dapat tahu ada juga student Malaysia niaga nasi lemak diantara gerai gerai tepi jalan area ITB . wahhh majulah anak Malaysia !!!

14. Paris Van Java (PVJ) . sebuah outlet . sama macam di Malaysia iaitu JPO, MPO, GPO . di PVJ ni macam boasalah, banyak kedai kedai branded . tempatnya pun cantik . dan jangan terkejut, PVJ ni juga ada Carrefour . wowww

15. jangan terkejut kalau pergi Bandung, duit banyak habis kat tour guide, makan, grab, especially habis duit shopping sakan . mohon jangan terkejut . hahahahahaha

16. grab . korang nak kemana mana better naik grab je senang . di indonesia dah lama ada service grab sebenarnya . macam yang kita tahulah, grab kan murah . so nak pergi bandar, naik je grab . jalan jammed mana pun dia tak kenakan sebarang caj tambahan melainkan kita sudi nak bagi lebih sebab mostly driver grab dikawasan Bandung adalah friendly dan sangat membantu .

17. tour guide . kalau pergi Pasar Baru, aku nasihatkan korang amiklah sorang tour guide dalam mall tuu . so dia boleh tunjukkan kedai kedai mana korang nak pergi . sebabnya Pasar Baru tu crowded . tempatnya sempit . korang boleh sesat . sambil korang shopping, dia boleh pegangkan barang barang yang korang dah beli . so korang boleh berjalan berlenggang . dan kalau boleh aku nasihatkan bagilah sikit duit tip kat dia setelah berpenat lelah berjam jam dia pegangkan barang korang, dia tunjukkan korang jalan dalam mall tuu .

**aku suggestkan korang tour guide dalam Pasar Baru tu seorang hamba Allah ni nama panjangnya Abdullah tapi panggil dia Abdul je . dia sangat baik . kitorang siap mintak number dia untuk whatsapp dan call . dia baik sangat dan ramah . kitorang pun ikhlas belanja dia makan lunch setelah seharian suntuk shopping kat Pasar Baru, dia penat pegang barang kitorang yang banyak dan berat ni .

**nak ke Lembang mahupun kemana mana untuk aktiviti riadah yang luar daripada bandar Bandung, aku suggestkan jugak korang carilah tour guide . dia akan bawak korang ke tempat tempat yang korang mahukan dengan menaiki van . van dia maa shaa Allah besarnya . korang mesti tak percaya besar dia macam mana . boleh kata macam mini bus . seat dia ada 12 . sewa selama 12 jam . dan bayarannya pun berbaloi . ada dua pilihan samada nak bayar sewa van je atau bayar ikut pakej yang mereka sediakan/tetapkan iaitu sewa van, minyak, tiket masuk tempat riadah dan duit tip mereka . tapi kami pilih untuk sewa van je, lain semua tanggungan sendiri . daripada korang nak sewa kereta sendiri, nak minyak lagi, nak duit tiket masuk tempat tempat yang korang pergi, mananya nak duit makan lagi . so better sewa tour guide je . bayarannya pun berpatutan . cuma nak keluar duit makan dan duit tiket masuk tempat tempat riadah je .

18. duit tip (komisyen) . macam pergi mall Pasar Baru dan korang kena ada tour guide memandangkan korang tak biasa dengan tempatnya . lainlah kalau dah biasa . dan memang patut korang bagi duit tip pada dia yang dah tolong korang angkat barang, tunjukkan jalan . begitu juga pada tour guide yang bawa korang ke tempat tempat riadah . korang bagilah duit tips . melainkan kalau korang bayar ikut pakej yang disediakan dan ditetapkan mereka . macam kitorang ni cuma bayar sewa van je .  tiket masuk dan makan adalah duit sendiri . so kitorang bagi duit tip pada tour guide sebab dia dah tolong bawakkan kitorang berjalan kan . pulak tu dia tunggu kitorang sampai kitorang puas berjalan .

KUL2 
ready to fly 

Indonesia, kau tunggu kami datang

hello Bandung, Indonesia

welcome to Bandung, Indonesia


cari abang grab yang menanti kami

Pasar Baru, Bandar Bandung
syurga bagi orang perempuan terutamanya mak mak kita

Stone Cafe, Dago Pakar, Dago

Cihampelas (CiWalk) 

Alun Alun Bandung

Masjid Besar Bandung

Jalan Asia Afrika, Alun Alun Bandung

Rumah Mode 

The Lodge Maribaya

The Lodge Maribaya 

Gantole Sky

Sky Tree

Zip Bike 

Zip Bike 

Taman Begonia

Taman Begonia

Floating Market

Floating Market

Restoran Simpang Raya

Heritage

Paris Van Java

bersedia untuk pulang ke tanah air

hello Malaysia, waiting for me

hai Malaysia