Sunday, 25 August 2019

short escape to Malacca

17 August 2019

alkisahnya rancang nak gerak petang sebab nak kejar tengok sunset . tapi tak sempat sebab photoshoot untuk wedding Put je dah nak senja baru habis . singgah pulak minum . then lari pergi pasar malam pulak . lepas maghrib baru gerak sudahnya . rezeki jalan tak sesak mana . Alhamdulillah dalam 8 lebih ke 9 malam tu sampai sudah .



so here,
Riccarton Capsule Hotel (Jonkerview Cottage)




 

my partner my sister my soulmate my everything for these 3 days together, 
Fariza Akhyar


jangan comel sangat pleaseee


in love sungguh dengan capsule ni . terasa diri mcam astronaut . superb cool, nice, rare . capsule ni provide for queen size . so sangat berbaloilah untuk aku yang pergi berdua je ni . capsule ni sharing bathroom tapi asinglah untuk lelaki dan untuk perempuan . bagi aku sangat selesa . ada disediakan locker untuk simpan barang barang berharga . ada provide towel mandi . ada provide slipper dia . so cleanliness sangat bagus . kalau dah semua okay dan bagus, maknanya service pun terbaiklah kan . very recommended especially for backpacker . location capsule ni area Jonker Walk, depan Balai Polis Pelancong dan Hotel Del Rio yang mewah tuu

even dah penat seharian dengan wedding . terus shot ke melaka dimalam hari gigih juga sampai capsule, take a nap . then keluar jalan jalan makan angin, cari makan . dah tengah malam balik tidur . kumpul tenaga untuk esok


18 August 2019

bangun pagi ni macam relaks je . tak rushing mana . si fariza akhyar ni rancang dia nak jogg pagi pagi ni tapi kesudahnya dia jogg atas katil . hahahaha . Alhamdulillah pagi ni kenalah check out awal sebab banyak destinasi dan aktiviti . so pagi ni 10 lebih dah check out . pergi kat kereta nak letak barang, eh kena saman . hahahahah . bakal terbang satu ratus . okay relaks . ayuh tenangkan diri . sekarang ni punya kebulur memasing, so decide nak cari makan . pakat nak makan chicken rice ball . dan dan tak jumpa . so ke mall je la makan . dah sudah makan . maka, bermulalah misi kami . misi jalan jalan sekitar bandar . 

to be honest, aku tak pernah jejak historical places kat melaka ni . so this my first time . and actually tak sempatlah nak cover semua atas faktor masa yang mencemburui . so cover mana sempat je la nampak gayanya 



so lets go, 
Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka
(Malacca Sultanate Palace Museum)







masa masuk kat guard tu aku okay lagi . lepas lalu dari guard tu aku teruja ya amat bila nampak istana ni . cantiknyaaa . senibina dia tu ya Tuhan, im so impressed ! masuk dalam tengok everything and it was so amazing . lukisannya yang cantik . penceritaan sejarah yang simple dan senang faham . banyak input aku dapat bila datang sini . beza baju kurung pahang dengan beza baju kurung riau eh ke apa ek baju haritu entah alamak . then beza tengkolok dengan tanjak . beza lembing dengan tombak . beza butang baju . pasal si fariza akhyar ni dah pernah ke sini, so dia banyak explain kat aku juga pasal semua yang ada dalam istana ni . woww



next, we are going to
Kubu A'Famosa

dah lepas habis muzium istana . turun pula nak ke St Paul Church kat atas bukit . tapi sebelum tu singgah ke kubunya . teruja aku kat istana tadi pun tak habis lagi . datang masuk sini sekali lagi buat hati aku ya Tuhan, kenapalah begitu indah tinggalan sejarah lama ni



oh dah berseronok ronok kat kubu bawah ni, okay ayuh kita naik bukit pula tengok seronok dia jauh mana boleh pergilah kan



St Paul's Church

naik sini kena naik tangga . punyalah bertangga tangga nak naik dia . siap si fariza akhyar pesan "akak, naik slow slow" . ya Tuhan . bila dengar dia cakap macamtu sejuknya hati dengar . baiknya dia . caring nau ye . sayang jugak ke kita rupanya ek . terasa macam diri dihargai pula . dah lama rasanya tak ada orang hargai kita pun . Alhamdulillah naik ni tak la penat tapi lebih pada hongeh . dah la siang hari panas buta, then mendaki . tekak ni memang meminta sungguh . 





okay kat sini aku tak pasti nak describe apa yang aku rasa . seram ada . takut ada . seronok . sedih . sebak . teruja . macam macam perasaan . tapi sememangnya tempat ni sangat lain dari lain . kalau tengok wall dia ada macam macam tulisan, macam macam ayat . macam kata azimat la kot . and fariza akhyar ada explain kat aku ada satu tempat dalam ni berpagar, tengok bawahnya berpagar lagi . katanya itu tempat tahanan si pesalah untuk diberikan hukuman . terus aku stuck kat situ kejap terbayangkan orang orang dulu dulu pergi lepaskan anjing liar ke ular ke atau api ke apa ke dalam tempat tahanan tu untuk seksa si pesalah ni . ya Tuhan . jauh betul bayangan aku . terkedu kejap . first experience aku tengok semua ni depan mata . selalu tengok dalam tv je kan . ni bila depan mata, nahhh tak tahu nak rasa apa . semua perasaan ada, teruja seram sedih sebak semua bercampur baur . aku speechless masa kat sini . otak aku seakan mengelamun jauh berfikirkan berbayangkan entah apa . nak dibagitahu kat fariza akhyar kang mahunya haram jadah dia nak layan aku kang pasal dia tengah fokus dengan phone dia tak sudahnya

bila dah tengok semua benda kat sini, dengar uncle suara sedap nyanyi . dah tengok pula tiap bait ayat dan tulisan yang tertulis kat wall . so lepak la kejap kat tepi . maka nampaklah separuh melaka dari atas bukit ni . ya Tuhan . cantiknya . maka nikmat mana lagi mahu engkau dustakan . indahnya alam Mu ya Tuhan . menyempat pula la kan katanya orang tu tepi tu tempat first date dia dulu . hahahahaha 



Muzium Islam Melaka
(Malacca Islamic Museum) 



dah sedap throwback tadi terus turun masuk ke sini . dalam ni memang penuh dengan ciri ciri islamik . rekabentuk dia . tengok sendirilah siling atas tu ada ukiran ayat ayat jawi, ayat ayat al-Quran . lampunya, kipasnya . klasik sungguh . sini pun infonya mudah dan senang diingat . alaaa aku lupalah nak berteka teki tanya fariza akhyar apa beza dress dengan jubah . ahahahahahahaha . kot la dia tak tahu ke kannn . okay kat sini aku teruja tengok masjid masjid yang ada kat melaka . staff muzium ni cerita melaka ni ada banyak masjid . dan tiap tiap masjid yang ada ni binaannya semua menarik . ada penceritaannya . see . masjid pun sejarah . hahahahahaha . 

paling aku rasa wowww adalah tingkap bangunan muzium ni . fariza akhyar yang tunjukkan, dia panggil aku ingatkan nak apa bendalahh, sekali "akak, tengok ni tingkap ni" . ya Tuhan . aku tak pernah jumpa tingkap rare macam ni . susah dah nak jumpa tingkap lejen macam tu . 



dah keluar muzium, makanya selesailah sudah melawat tempat tempat sejarah tempat tempat yang berilmu . Alhamdulillah . fariza akhyar ajak ke keretapi tapi aku rasa tak apalah, next time ada rezeki kita repeat melaka pergi cover tempat lain pula

sebelum nak ke tempat lain, fariza akhyar minta nak bergambar kat pintu gerbang besar depan muzium . but suddenly ada orang, dah dia taknak pula dah . mengada . nasib aku cerdik lebih sikit . aku kata aku pun nak bergambar situ . hahahahaha

nahhh nampak hakak geram je niii

muka mengada . ingat comel ? hahahah

finally




okay kemana lagi kami ? 
seterusnya ke Jonker Walk . dari muzium nak ke Jonker Walk kenalah berjalan sikit . cross jalan besar . dalam tengah jalan tu, so fariza akhyar sekali lagi minta nak ke tempat meriam meriam bekas kubu A'Famosa . so ayuhlah kita




okay dah singgah situ, bergambar bagai . maka diteruskan perjalanan . jalan kaki ye . sungguh sihat kami sehari dua ni banyak berjalan kaki . sikit lagi dah ni nak sampai dah destinasi seterusnya, eh ditahan pula kita ni fariza akhyar dimintanya "akak, sini lawa kak gambar serious lawa" . okay la layankan . nahhh . .





kata cantikkan . belakangnya pun cantik . datang idea aku nak shoot situ . eh dia bising kata apa benda pelik pokok banyak nak bergambar . ah peduli apa . layan pula kita minta . nahhh...

jalan punya jalan, jumpa pula tempat lain dulu pula dah . bilanya nak sampai destinasi sebenarnya ni . atas permintaan fariza akhyar nak masuk, okay la okay . jom la masuk

aku tak pasti ini chinese temple or what . tapi rasanya temple kot . tak sia sia masuk . sebab kami jumpa benda yang menakjubkan . seriously . teh bunga . bunga tu hidup . letak daam air . dia mekar hidup . then kita boleh minum air tu . wowww . impressed sungguh . 





Kaya Kaya Cafe 

so inilah destinasinya . tekak dah kering . kehausan sungguh dah . okay sebenarnya ke cafe ini juga adalah permintaan fariza akhyar . aku cuma turutkan . selagi permintaan dia tak diturut tak ditunai, tak senang hidup aku . so inilah dia Kaya Kaya Cafe . tengok menu, aku decide nak minum je la . fariza akhyar order cake . dia pilih cake of the day iaitu salted egg cake . dengar pelik apatah lagi nak merasa tapi bila dah try, not bad la walaupun agak pelik rasa . aku suka dengan cafe ni . interior design dia superb . mana mana angle pun boleh bergambar sebab cantik sangat . service pun terbaik . friendly sangat staff dia . very recommended .





dah sedap perut kenyang, fariza akhyar nak bergambar dalam cafe ni .

kalau sesiapa layan drama Saat Terlafaznya Akad lakonan Kamal Adli sebagai Hanan yang digandingkan dengan Uqasha Sensore sebagai Nawal . haaa sinilah cafe tempat mereka shooting . itu sebablah fariza akhyar nak bebenar perginyaaa







ikutkan banyak lagi port kat cafe ni aku nak shoot sebab cantik kan . tapi sayangnya, battery dslr habis pula dah . hampanya hati Allah je la tahu . ya Tuhan . kecewa amat . spoil mood terus rasa . fariza akhyar kata guna phone dia, tapi aku segan . buat berat phone dia je nanti . so its okay la . aku sehabis redha dah 

so next plan nak ke Baba Nyonya Museum tapi tak apalah, next time . then aku tanya fariza akhyar nak kemana lagi . katanya pulang . makanya pulanglah kita . 




oh tidakkk .
aku tak lupa satu hal . takkan . walau katanya pulang . tapi takkan kami pulang selagi satu lagi keinginan dia belum aku turuti . jengjengjenggg . hahahahah 

dalam kereta aku tanya fariza akhyar, nak tengok sunset kan . kita pergi okay ? terdiam . krikk krikk . diam tanda setuju la tu kan . tapi hati aku gundah . battery dslr dah habis . how come lahh aku nak shoot dia dengan sunset . pening kejap fikir . so aku request pergi mana mana yang boleh charge battery . fariza akhyar bising . no . tak boleh . aku tetap nak charge battery camera . dapat kejap pun its okay . makanya shoot ke Xing Fu Tang sebentar fariza akhyar nak air sedap dia dan kemudiannya singgahlah kami ke mcD . 

Alhamdulillah . Allah dengar kata hati aku . dapat charge battery camera for at least 20 minutes . around 6.30pm gerak ke Klebang sambil borak borak dalam perjalanan tu tiba tiba nampak Encore Melaka . aku cakaplah aku tak pernah pergi, maybe next time in shaa Allah . fariza akhyar ajak kesana . aku diam terfikir jap eh tapi dia nak Pantai Klebang . dia kata jom Encore . ah satu hal pulak dah buat aku pening lagi ni . macam mana nak shoot dia dengan sunset kat situ nanti . sampai sampai Encore, guard kata tutup for public for that time sebab ada concert . tak masalahnya aku tak tahu nak rasa lega ke nak rasa sedih ni . hahahahahah

so berpatah la kami pergi ke Pantai Klebang . punyalah ramai manusia . fariza akhyar kata tepi jalan ni pun okay dah . aku pun okay la . turun dari kereta, so berjalan kakilah kami pergilah ke dalam sikit kawasan lalang rumput tinggi . sebab nak dapat port cantik untuk sunset shoot

bila dah nampak port baik, boleh pula si fariza akhyar ni padahal depan dari aku pun tapi tak nampak apa yang ada depan mata dia . ya Tuhan . nasib tak berapa baik kali ni . syukurlah aku yang kat belakang ni nampak . aku cakap patah balik . patah . so fariza akhyar ikut belakang aku . aku syak itu anjing liar . banyak pula tu . semuanya anjing hitam . semua dah mengaum kemain anjing anjing tu . dalam tengah patah balik tu aku toleh belakang tinjau alamak anjing tu nak datang . ya Tuhan . aku pun apa lagi, suruh fariza akhyar lariii . aku biarkan fariza akhyar lari depan aku . apa apa hal biar dia dulu depan dan selamat . at least apa apa hal jadi pun aku yang kena . anjing tu laju kejar . lari punya lari . syukurlah fariza akhyar dah depan laju jauh sana . aku decide masuk dalam semak . sebenarnya separuh dari anjing anjing tu memang ikut belakang aku dah dekat dah laju sungguh kejarnya, sampai ke dalam semak tu pun anjing anjing tu ikut syukurlah cerdik aku masih ada lagi, aku jalan tunduk cepat cepat pergi dekat dekat dengan ada makcik ni mencari apa benda entah ek namanya tuuu kat pantai . syukur fariza akhyar pun ke tempat sama . luckily semuanya selamat . lega hati . ya Tuhan . tak tahu nak ketawa ke nak sedih ke . kenangan sungguh . dalam tengah penat tu pun tersengih aku bila teringat . lutut goyang tak habis lagi cuak punya pasal . ya Tuhan . rasa diri ni athlete larian sungguh . dah bertahun pula dah tak berlari sehebat itu . 

so kisahnya, chill je kat tepi pantai tuu . masa pun dah tak banyak . aku fikir sunset si fariza akhyar je ni . sebab itu yang dia nak sangat . so, 






dah sudah fariza akhyar dengan sunset dia, ditanya pula kita nak ke . senang je jawapan aku, "nampak tu tenggelam dah" . amboi diketawanya . hahahah . tak apalah, tak ada rezeki . yang paling pentingnya aku dah bagi fariza akhyar selamat dengan sunset dia .

sebelum pulang, 
last aku minta . shoot kat sini . pasal tadi tak dapat dek dikejar anjing . 
so aku minta kat sini for the last .
pun kena marah juga dengan fariza akhyar



ayuh pulanglah kita . .


sebenarnya part sunset ni aku touching sangat . sabtu nak tengok sunset tak sempat, so ini je lahh masanya tapi macam sempat tak sempat . aku tahu sunset ni favorite fariza akhyar . so i have to do something . kena tunaikan . walau macam mana cara sekali pun kena juga bagi sunset fariza akhyar . dengan battery camera habisnya . dari cafe lagi aku dah touching dah . gigih nak juga pergi singgah mcD charge battery kejap . dengan berlaku kejadian tak diingini kena kejar anjing . tapi syukur Alhamdulillah dapat juga sunset shoot . 

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

bagi aku, ini adalah sebagai tanggungjawab seorang kakak kepada adiknya . makanya, aku cuba jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang kakak (walau mungkin aku bukanlah dianggap kakak dan aku tahu aku tak layak) dengan sehabis baik walau aku rasa dan aku sedar aku tahu ada cacat celanya . aku cuba sedaya usaha aku bagi apa yang nak nye . tapi aku tahu aku masih gagal . 

niat aku untuk short escape ni at first lebih pada nak relaks, duduk tenangkan fikiran, cuci mata lihat alam ciptaan Tuhan . tapi bila si fariza akhyar nak ikut sama, so aku pun dengan hati terbuka okay je . aku bagi dia rancang segala apa benda aktiviti apa nak buat . aku cuma turutkan je ikutkan je . sebab kalau ikut aku, aku nak duduk relaks and cari makan keria dan coconut shake je . cause im craving for that .

aku tak kisah pun apa benda yang aku nak, yang aku craving tapi aku tak dapat . bukan rezeki aku, next time in shaa Allah . aku tak rasa rugi . sungguh aku tak rasa sia sia . yang penting bagi aku adalah bonding . spend our time together . as long as orang senyum, itu ubat untuk aku dah . cukup dah bagi aku . cukup . 

Alhamdulillah, everything went well .


terima kasih ya Allah untuk momen ini
terima kasih ya Allah untuk anugerah yang dihantar Mu
akan ku hargai, takkan ku siakan




Itinerary 

- Capsule : rm56 per night 
- Entrance fees : < rm10 per head 
- Food : 
- Souvenir : ~
- petrol : rm100 
- t&g toll : rm30