wanita
perempuan
gadis
berlainan kata tapi mempunyai satu makna
apa kau faham maksud wanita ?
apa yang kau mengerti ?
apa itu wanita ?
kau
aku
kita sama wanita
tapi,
apa bukti kita wanita yang sebenar benarnya wanita ?
sejak dua menjak ni banyak perkara berlaku disekeliling kita
perkara atau erti kata isu isu semasa,
perkara yang baik mahupun juga perkara yang memalukan
semoga Allah melindungi kita
semoga Allah terus menjaga kita
semoga Allah terus menutup aib kita
wahai wanita,
Allah meletakkan kita sebagai wanita adalah yang paling mahal,
maruah, martabat yang paling tinggi
siapa kita nak memurahkan diri ?
dimana sifat malu ?
cukup sempurnakah kita menjaga diri kita ?
cukup sempurnakah kita menjaga maruah kita ?
menjaga diri menjaga maruah bukan hanya pada pakaian,
tapi pada akhlak kita
sejauh mana kita menjaga ikhtilat kita ?
fikir sejenak
cuba hayati bait bait cebisan lirik lagu;
'akal mu senipis bilahan rambut,
tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu,
jua hati mu bak kaca yang rapuh,
kuatkanlah ia dengan iman yang teguh,
mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok,
jika datangnya dari kayu yang bengkok,
begitulah peribadi yang dibentuk,
sedarilah insan istimewa,
bahawa kelembutan bukan kelemahan,
bukan jua penghinaan dari Tuhan,
bahkan sebagai hiasan kecantikan
engkaulah wanita hiasan duniawi
engkaulah wanita istimewa. .'
No comments:
Post a Comment