Wednesday 19 June 2013

takdir Allah memisahkan hati dua insan

sebuah perhubungan terjalin
perkenalan bermula dengan bersahabat
seronok hati saling mengenali
terkadang ia sumber kekuatan . .

hanya sebagai kawan bertukar menjadi teman
timbul rasa sayang
bermulalah bibit-bibit cinta
semakin akrab memakan hari
dilalui dengan hari yang manis lagi indah
ketawa riang menemani hari
tangisan duka mengeratkan hati dua insan . .

suatu hari
terlerai sudah sebuah perhubungan
perginya si dia bersama sayap-sayap cinta
cinta telah pun terkubur mati . .

masih tersemat dihati ini akan kasihnya
masih teringat diingatan ini akan tiap kata-katanya
masih terngiang ditelinga akan suaranya
masih terbayang akan wajahnya . .

tiada lagi semua itu
tiada lagi . .

tak akan ada lagi kedengaran suaranya
tak akan ada lagi kedengaran ketawa riangnya
tak akan ada lagi kedengaran leretan kemanjaannya
tak akan ada lagi kedengaran tangisannya menahan kesakitan
tak akan ada lagi segalanya
tak akan . . .

lenyaplah segalanya
terlerailah segalanya . .

"mungkin kan terputus ditengah jalan . 
mungkin kan terlerai tanpa ikatan . 
usah ragu dengan takdir . .
mungkin kita kan berbeza haluan 
berakhirnya cerita percintaan 
segalanya ketentuan Tuhan . . "

dia bawa pergi bersama sisa-sisa cinta . .

kesilapan mu telah lama aku ampunkan
siapalah aku jika tidak sedikit pun merendahkan keegoan ku
ku tahu akan niat mu murni ikhlas
ingin menjadikan ku yang terbaik
terbaik buat mu . .

tapi mengapakah tidak sekali pun kau ucapkan selamat tinggal ?
tidak sekali pun kau cuba bersuara kepada ku
diri mu pergi tanpa kata
tanpa tinggal sebarang apa . .

kenangan
hanya kenangan kau tinggalkan kepada ku . .

bagaikan tidak percaya
perginya dirimu meninggalkan ku
sukar untukku menerima kenyataan . .

kecewa
hampa
sedih
tak sanggup rasanya diri ini berpisah dengan mu . .

dengan bekalan doa ku tiap hari
ku bangun
Allah SWT berikan ku kekuatan
kekuatan untuk mulakan nafas baru . .

ku panjatkan doa kepada-Nya buat mu
berdoa agar kau bahagia
berdoa agar kau dengar akan rintihan ku . .


ku pohon kemaafan
maafkan aku kerna tidak berjumpa dengan mu buat kali terakhir
maafkan aku kerna tidak ku manatap wajah mu buat kali terakhir
maafkan aku . .

maafkan aku kerna aku ego . .

kerana ego aku tidak sempat memohon keampunan
kerana ego aku tak akan punyai apa lagi yang selama ini aku miliki
kerana ego
segalanya kerana ego . .

aku kehilangan segalanya . .

damailah dikau disana
bawalah bersama cinta ku
semaikanlah . .

Al-Fatihah ,
Mohd Nadzrin Akhmal bin Mohd Nadzri (5 Jun 1991 - 3 March 2013)


*repost*

Sunday 2 June 2013

kerinduan terserlah

masa aku baby . (sangattttttt ┐( ˘_˘)┌ )  masa aku sem 1 sesi Jul-Dec12' kat Kolej Profesional Mara Beranang . aku adalah diantara junior comel dan baik . sopan santun je aku taww . tak caya ? k k . mempunyai roommates baru . wah segalanya baru you knowwww . roommates aku yang senior semua okay that time . sekepala . diorang banyak motivate and banyak tunjur ajar kat aku and kawan-kawan . dalam bilik tuh aku rapat dengan fitrah . sorang kaki gurau . sorang lagi kaki cium . haa . bagus lah . bila jumpa riuh jadinya . hahahaha .



untuk sem 2 kali nih . still junior k . cehhh nak jugak jadi junior . hahaha . k k senior lah dikira kan . sesi Jan-Jun13' . dapat rommates awesome . memasing masuk air punya budak . hahahaha . rindu yoyol . rindu sister milk . rindu qylaa . rindu nad . and rindu jugak kat pendatang asing yang selalu menapak kat bilik kitorang iaitu si bella belon . eh rindunya !!



sem 3 ? hahahahaha . belum tiba lagi . siapa roommates aku nanti pun aku taktau lah . yang penting kalau boleh janganlah bercampur course . memang tak boleh lah budak agro landscape campur sebilik dengan course lain . huru-hara dibuatnya . mohon budak agro landscape macam aku nih ditempatkan bilik yang bagus . eh demand nyaaaaa (⌣́_⌣̀') k k byeee . itu je aku nak cakap . aku rinduuuuuu !!

Friday 31 May 2013

lembaran baru !

blog baru . so semuanya baru . yang lamanya cuma si penulisnya . urururu . kenal aku lagi ?? ya akulah eykadania . eykadania in da houseeeee . hahaha *muka bangga* . maaf blog lama dah kena curi oleh si pencuri yang tidak aku tahu siapakah . kalau aku tahu lama dah aku sumbat lubang dia dengan taik kucing buat manusia bakar bagi mak bapak dia makan . dasar pencuri tak takut dosa . mengundang betul . aku yang meroyan sensorang kat rumah bila tak dapat bukak blog lama tuh . banyak alkisahnya pun . tapi takpe . blog baru dah ada dengan bantuan anak pakcik ramli . terima kasih ijara ecah tiruannn . umpama budak kecik diberi gula-gula lolipop terus senyap nangisnya . itulah aku sebenarnya . okay lah tuh pepatahnya pun kan ;3 okay itu sahaja . next post , see uollsss later . tataa . Assalamualaikum wbt .