Saturday 14 September 2019

road trip Kuala Lumpur

maaf kalau aku melalut banyak . ah tak kisahlah peduli apa aku . yang pastinya aku cuma nak ceritakan a to z . kahkahh

at first, plan nak berdua dengan nabihah azami . tapi aku sebenarnya kan aku sebenarnya la kan aku tak sampai hati . ada banyak sebab aku tak sampai hati . so aku pilih untuk diam . nak tahu sebabnya ? first, aku serba salah dengan adik sepupu si fariza akhyar alamak apa eh nama dia aduhh sungguh terlupa pula dah ni . aku serba salah sebab masa aku short escape dengan fariza akhyar, adik sepupunya tu katanya jealous dia tak dibawa pun . hahahaha . so aku ingat nak la tebus rasa serba salah rasa kesian rasa tak sampai hati tuu . but at the same time a month before memang dah janji dengan nabihah azami nak date sama . so aku tak berani pula nak ajak sesiapa yang lain . and at the same time juga memang aku niat nak bawak nabihah azami keluar date la sebabnya before this dah dengan fariza akhyar . so this time niat dengan nabihah azami je la . senang . adil . saksama . tapi tapi tapi nampak tak complicated nye situ ? aduhai hati ku ini mengapalah begitu tisu . hahahaha

rezeki pula dah nabihah azami tanya tak pelawa fariza akhyar ke . yelahh fahamlah situation fariza akhyar macam mana . we love her . much . so much . kami semua nak dia happy . so since that baru aku berani nak tanya fariza akhyar free ke tidak ke ada apa apa activity ke atau dia ada date dengan sesiapa ke . but then it was disappointed bila rupanya fariza akhyar dah janji dengan adik sepupunya tadi tu untuk keluar sama . dan tak ada pula tanda dia ajak sekali ke . so aku faham sendirilah . kena hormat . mungkin dia nak spend time berdua sahaja . so okay with that

nak dijadikan cerita, fariza akhyar notice that aku dengan nabihah azami nak keluar sama hari dengan dia nak keluar dengan adik sepupunya . dia pelawa why not keluar sekali . aku tak tahu nak describe macam mana perasaan aku masa tu . cuak ada happy pun ada . cuak sebab aku mati mati ingat dia just nak keluar dengan adik sepupunya sahaja . and happy dia nak semua sekali sama sama . syukur Alhamdulillah

but luckily nabihah azami remind kan aku yang kami keluar bukan weekend but that monday . damn . aku dah tepuk dahi . macam mana boleh aku terlepas pandang . so pendek ceritanya fariza akhyar keluarlah berdua dengan adik sepupunya melayan kerenah adiknya itu . and in shaa Allah we will meet next monday .

and and, perasaan serba salah aku haritu tu tak sudah lagi ni . aku suruhlah fariza akhyar bawa sekali adik sepupunya itu isnin nanti . tapi sayangnya, adik sepupunya kena gerak balik sudah tengahari tu . tak sempatlah nak spend time even kejap pun . its okay, tak ada rezeki . in shaa Allah next time okay . akak minta maaf ye wahai adik sepupunya fariza akhyar . im so sorry . ya Allah . serba salahnya lahai rasa

so, the day is cominggggg 
mulanya aku ingat nak gerak dalam jam 10 lebih macam tu nak je pick up si fariza akhyar kat rumahnya terus tapi ada saja alasannya . hantar adik sepupunya ke bus station, ambil barang, itu ini . katanya dia park kereta mana mana nanti naik train jumpa kat Muzium Negara . geram kita wakkk . hahahahaha . and pagi tu juga my parents ask to ajak my cousin, Syikin . so okay la aku ajak . dia taknak . so okay, tak apa

jam 10 lebih masih berlenggang dalam rumah . abah ajak minum . so okay pergi minum . dah jam 11 masih kat kedai minum . sungguhlah macam tak ada perasaan aku ni . hahahaha

nak dekat jam 12 baru gerak . dengan harapan dapat kumpul bertiga dan terus ke Muzium Istana Negara sebelum ke Muzium Negara sebab nabihah azami dan fariza akhyar tak pernah pergi Muzium Istana dan itulah keinginan mereka . so aku sedaya upaya nak tunaikan keinginan mereka . paling aku geram dah masuk highway la baru cousin aku mengada tanya aku kat mana suruh jemput dia . eiiiii geramnya lahai . nasiblah sayang . untunglah parents baik hati fikirkan dia tu kesayangan abah, gigih hantarkan dia ke ERL Salak Tinggi, so aku pick up dia kat TBS Sg Besi je nanti . aku ingat nak ke TBS la terus nak tunggu cousin tapinya nabihah azami dah bising kalau nak tunggu kang jam berapa baru ke KL . so okay la aku ke direct ke Muzium Negara . suddenly my cousin arrived Sg Besi . aku terdiam . aku tak tahu nak marah ke kecewa ke rasa kelakar ke apa sekarang ni faham tak . aku diam . nabihah azami ketawa besar dah . tersenyum aku tengok keletah dia . so okay, tak apa . aku suruh nabihah azami masuk dulu muzium dengan fariza akhyar once fariza akhyar sampai nanti . aku terus gerak pick up cousin kat TBS . 

okay dah . pendek ceritanya bila dah sampainya ke Muzium Negara . aku tanya cousin nak masuk ke . kalau nak masuk, okay jom . tapi cousin taknak . aku tanya dia dah makan ke . kalau belum, jom makan . at first dia taknak . sebab dia kalau bab tempat makan lain pesen sikit perangai . ikut aku . hahahaha . tapi aku pesan dah lapar makan je . cafe muzium ada goreng goreng juga . so makanlah dia akhirnya .

dalam tengah duduk . datanglah berdua si nabihah azami dan fariza akhyar . maka complete kami berempat . syukur kesemua ada depan mata . sejuk hati . sayangnya aku kat mereka bertiga ini . dalam cousin sedang makan tu bincang juga nak kemana . so rancang nak ke Muzium Art kat Pasar Seni . oh ya, tak jadi ke Muzium Istana atas faktor kepadatan manusia disana . so ayuhlah gerak . parking kereta kat bawah Dataran Merdeka then jalan kaki je



Dataran Merdeka

menyempat dulu memasing nak bergambar pula dah





Art House Gallery Museum Of Ethnic Arts 






muzium ni banyak barangan tinggalan sabah sarawak . yelahh nama pun etnik kan . banyak dari sabah sarawak la . ada macam macam dalam muzium ni . pelik pelik semua . and mostly semuanya memang agak lama barangannya . 

dari Pasar Seni terus call grab dan gerak terus ke Bank Negara Museum (BNM)


Bank Negara Museum (BNM)

BNM ni sebenarnya antara tempat yang aku nak sangat pergi . aku nak ke sini sebab aku nak tengok sendiri jongkong emas dan duit banyak depan mata kepala otak aku sendiri . and now, tercapai . Alhamdulillah

tak sangka dalam BNM ni ada banyak part rupanya . and every part ada ceritanya tersendiri .




mesti pelik kan kenapa tiba tiba macam dalam sekolah pula dah . haaa da sebabnya . well, ada penceritaanya tersendiri




ini bukan pocong . ini bukan stokin . ini penapis kopi . aku mula ingat stokin . ya Allah . apalah aku fikir jauh sangat stokin perginya . ini kain tapis kopi ye kalian semua . ada la cerita disebaliknya


and the best part is, part ikan ikan ni . juga ada penceritaannya . aku tanya kat budak bertuah bertiga ni siapa tahu cerita pasal ni . haram jadah semua tak tahu 


okay sampai part burung ni aku terkena semula . hahahaha
tertanya la kenapa ni kan . . then suddenly fariza akhyar tanya kami kenapa burung letak batu dalam bekas kaca tu, untuk apa . jap aku macam loading kejap . ingat ingat lupa . sekali cousin jawab sebab burung tu nak minum . and fariza akhyar said yes . everyone like wowww . aku pun yeahhh betullah betul betul . aku ingat dah .


yang ini aku tak pasti kisah sebaliknya . tapi sebab nice ada love tu, so bergambarlah


ini kontena kontena . mestilah semua tahu kan ini semua pastilah menyumbang kepada ekonomi dan kewangan negara



tersepit kami dicelahan surat khabar

 





belakang tu semua duit betul dari seluruh pelusuk dunia











ralat sungguh rasa sebab ada satu level tak sempat nak cover . muzium dah nak closing dah katanya .



so, itu je la dapat cover . almaklumlah sekerat hari je . habis dua muzium ni terus nak mencari makan memasing dah kebulur gamaknya . pakatnya nak ke Tapak Urban Dining apa tah nama tu tapi hujan lebat . tak ada rezeki . so ke Kg Baru KL la makan kita . Alhamdulillah sedap sedap mereka kata . licin habis semua makan . sah la lapar sangat tu ye

dah malam dah pun . masa untuk pulang . hantar dulu fariza akhyar terus ke keretanya . senang . dia nak naik train ke apa ke memang tidaklah aku nak bagi . dah malam . tak sampai hati aku nak drop dia mana mana . gila apa nak tengok orang yang kita sayang balik sendiri . tak sanggup aku . tak sampai hati . kalau ikutkan hati, rela aku hantar dia selamat sampai rumah terus . tapi pasal kereta dia park kat tempat lain, so okay biar aku hantar terus ke keretanya je

yang tinggal bertiga ni macam taknak balik pula kekdahnya . so buat gila pergi ke putrajaya . ingat nak ke Floria Putrajaya 2019 tapi macam tak sempat sebab tutup 10pm . tak ada rezeki . ke dataran la kita . duduk lepak situ . masa ini la baru nak heart to heart session pun . hati aku dah rapuh . jangan banjir je ni . sambung pula dalam kereta dalam perjalanan nak balik . dah jam 12 sudah

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

walau tak dapat nak cover banyak tapi masa yang ada ni sangat bermakna bagi aku . at least serba sikit dapat benda baru . benda yang kita tak tahu, kita dah tahu sekarang . benda yang kita tak sangka, hakikatnya itulah dia . bonding time yang sangat bermakna . semoga bermanfaat untuk kita semua in shaa Allah

aku tengok adik adik bertiga ni happy . aku jauh lebih happy . lega hati bila mereka katakan we had fun so much today . mereka tak expect betapa seronoknya muzium BNM . aku memang dah lama study la pasal BNM sebab tu aku nak pergi dan aku tahu ianya seronok . aku bersyukur sangat bila masing masing seronok . ya Allah . semoga bonding kami ini bermanfaat buat mereka ya Allah .

okay, serba salah aku tak habis lagi . kesiannya . tak sampai hati sebenarnya . Allah 

wahai adik sepupunya fariza akhyar, nanti ada rezeki kita sama sama keluar spend time bergambar cantik cantik juga ya . maaf culik kakak sepupu mu untuk dua hari ke melaka tak dibawa pula awaknya . hahahahahaha . belajar rajin rajin . nanti cuti, ada rezeki, in shaa Allah ye 

juga aini dan mimie pun sama tu katanya jealous . hahahaha
Allah . 
semoga kita ada rezeki dapat kumpul spend time bonding sama dan bermanfaat in shaa Allah