Friday 9 January 2015

kenapa Allah uji aku ?

masih kekal diingatan ini pertama kali sakit kepala yang teramat sangat . masatu aku semester 1 (sesi Jul-Dis 12') di KPM Beranang jurusan Diploma Agro Bisnes . malamtu aku sakit kepala yang teramat sangat . aku meracau seperti orang kena rasuk . aku berguling di lantai . menangis seperti kebudak-budakan . rakan² sebilik ku Fitrah, Pika, Ziha, Wana, dan Meen yang ketika itu sedang berbual tiba² mereka terdiam apabila melihatkan keadaan ku yang seperti tidak tentu arah . mereka cuba memujuk ku supaya bertenang dan bersabar . dalam keadaan sebegitu cuak, Ziha memanggil Suha salah seorang sahabat ku untuk datang kebilik dan mengurut kepala ku . sejujurnya Suha kalau bab urut kepala memang terbaik rasa dia . dan mereka bergilir mengurut kepala ku dengan minyak, membasahkan kepala ku dengan kain lembab, memberikan aku sebiji dua ubat untuk dimakan supaya dapat mengurangkan kesakitan ku . tapi cubaan mereka hanya sia² . kepala aku sakit dan terus sakit . dan mereka sepakat ingin memberitahu felo hostel untuk membawa ku ke klinik pada malam itu . apabila di klinik, doktor memeriksa ku dan beliau mengesahkan aku mengalami tekanan darah rendah . terkejut aku dengarnya . aku ada darah rendah rupanya . selesai doktor memeriksa ku, bayaran rm35 dikenakan . aku tak bawak purse . bernasib baik kerana rakan sebilik ku, wana membawa sedikit duit dan tolong bayarkan bayaran klinik itu . malam itu aku berehat dan tidur ditemani kiri kanan ku rakan² sebilik . Alhamdulillah 

semasa aku di semester 2 (sesi Jan-Jun 13'), aku sebilik dengan sahabat ku Mira, Sue, Qyla, Dila, Nad . Bella pun merupakan rakan sebiik ku sebab dia pelarian, selalu tidur bilik kami . dan berlakulah suatu kejadian yang dimana aku sendiri tidak menjangkakannya . ada satu hari tu, waktu kuliah subject Management seingat ku . kuliah diadakan di Ava 3 . ketika aku sedang memberikan perhatian terhadap pembelajaran, tiba² kepala ku merasakan sesuatu . seperti terhuyung-hayang  . dan aku merasakan seperti aku hendak pitam . aku berkata kepada sahabat ku, miraa "miraa, aku rasa tak sedap la . rasa nak pitam" . mira berpesan agar aku disuruh rehat dan tidur sebentar . aku memujuk hati, mungkin darah rendah aku datang . aku tak dapat nak tumpukan perhatian terhadap pembelajaran . aku tutup mata dan berehat sambil telinga ku mendengar apa yang diperkatakan oleh pensyarah ku . setelah habis kuliauh tersebut, kami bergerak untuk ke kuliah seterusnya subject English di blok lain . dalam aku sedang berjalan, aku kuatkan semangat dan lawan rasa mabuk itu . tidak lama kemudian, aku rebah ditangga blok Ava tersebut . nasib baiklah didepan ku ada Miraa yang menahan ku dari aku terus terjatuh tangga . aku tak sedar apa yang berlaku . aku terus tidak sedarkan diri . tapi yang pasti aku seakan-akan mendengar sayup suara² disekeliling ku . sahabat ku (aku dikhabarkan Awe dan Ziha) memapah aku ke hostel, tumpang bilik salah seorang kawan kami diaras bawah . mereka membukakan kasut aku stokin aku tudung aku . dan mereka membaringkan aku . mereka berbisikkan kepada ku supaya berehat, petang habis kuliah mereka akan menghantar ku ke bilik aku sendiri . aku sungguh tak larat pada masa itu . kepala ku sakit yang teramat sangat . bila aku cuba membuka mata, kelihatan pandangan ku seperti kabur dan bergoyang-goyang . seperti orang mabuk gayanya . tak lama kemudian, aku terlelap dan tak sedarkan diri . lama aku terlelap . sehinggakan penghuni bilik itu pulang pun aku tak sedar . aku sedar dan melihat sekeliling ku semua seperti menjaga tingkah laku, mereka senyap kerana tak mahu mengganggu rehat aku katanya . apabila aku sedar, aku merasakan ingin ke tandas . baiknya hati mereka memapah ku ke tandas . dan kemudian mereka terus menghantar ku ke bilik ditingkat atas (araas dua) . Alhamdulillah . dalam beberapa hari aku tidak sihat, sejujurnya benar aku lemah diketika itu . pelbagai kejadian aneh berlaku seperti aku nampak "sesuatu" didalam bilik ditandas, dihujung blok, didalam kelas waktu kuliah . hinggalah suatu malam tu kami diberi assignment subject Landscape, kami sebilik sepakat nak buat kerja dibilik Awe ditingkat atas sekali (aras tiga) . malam itu, aku bersama Miraa, Sue, Awe, Suha, Tyra, Nina, Ziha . kami bersama-sama buat drawing dan colouring . ada satu ketika sedang leka buat kerja, aku seperti dirasuk . mereka kata mataku merah . aku buat kerja dengan tangan menggigil . Suha memanggil nama ku dan aku mengendahkannya . phone dari pasang lagu jiwang lagu terbaru lagu nasyid terus ditukarkannya ke Surah Yaassin . dan hingglah habis kerja kami jam 3 pagi, kami bersiap untuk tidur bersama . tak lama kemudian aku bangun dan duduk . aku pandang ke arah penjuru . diketika itu, aku masih ingat ada orang panggil aku . jujur kata orang tu lembut sangat . dia panggil aku . mereka yang sedang berbaring semua melompat setelah terkejut melihatkan aku tiba² bangun dan duduk memandangkan kearah suatu sudut . Suha memanggil ku dan aku tidak menyahut . dan seketika kemudian aku menangis . mereka memanggil ajk aras untuk melihatkan keadaan ku dan mereka cuba membacakan aku doa dan cuba memujuk ku . hinggalah jam menunjukkan 5 pagi, aku sudah merasakan tenang . sahabat² ku menyuruh aku tidur ditengah sambil dikiri kanan ku ditemani oleh mereka . Alhamdulillah . dan selama semester itu, ada lagi berlaku sakit kepala yang melampau sehinggakan sekali lagi aku dibawa ke klinik . kadang ketika aku dirumah disamping keluarga, aku juga kadang mengalami sakit kepala yang melampau . 

masuk pula aku semester 3 (sesi jul-dis 13') . masih aku ingat diketika itu sekali lagi sakit datang menyerang . aku dibawa ke klinik . dan doktor menyatakan aku perlu dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut . nak dipendekkan cerita, doktor klinik tersebut telah mengadakan temujanji aku di Hospital Kajang . apabila aku ke hospital tersebut ditemani kedua ibu bapa ku, doktor menyatakan ada sesuatu pada jantung ku seperti lubang dijantung ku ini . dan katanya aku harus dibawa ke pakar Hospital Serdang . setelah diatur temujanji, sekali lagi aku ditemani kedua ibu bapa ku ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan lanjut tentang jantung ku oleh doktor pakar . temujanji punya temujanji . dan dari tiap temujanji, doktor² melakukan sesi ECHO, sesi x-ray, sesi memasukkan kamera melalui mulut untuk melihatkan keadaan sebenar jantung ku . dan kata doktor² pakar menyatakan kepada keluarga ku, aku harus melakukan pembedahan . Allahu . luluhnya hati ini . hanya Allah yang tahu betapa pilunya aku rasa . siapa sangka yang dulunya sihat, kini tidak lagi . hari demi hari berlalu . masih segar diingatan ku, malam itu sepatutnya aku ke cafe untuk membuat kerja landscape . serba salah aku merasakan kerana tidak dapat bersama membantu buat kerja landsacape kerana ketika itu felo ingin membawa ku ke hospital disebabkan aku sakit dada . sebelum nak gerak ke hospital, terserempak dengan Awe . dia datang dan mencium dahi ku dan berpesan "kuat taww Eyka, jangan risau kitorang buat kerja sama² . janganlah nangis Eyka, kitorang ada dengan kau" . menitis airmata ku . sudahlah aku nangis menahan sakit, lihat pula tindakan Awe kepada ku, menangis lagi aku dibuatnya . sebak . malam tu aku dimasukkan ke wad separa kritikal . aku dipasangkan tiub pernafasan, dipasang wayar jarum ditangan ku, dipasangkan wayar nadi . aku dimasukkan air . sungguh aku tak tertanggung rasa sakit diketika itu . aku tak larat . masatu aku ditemani pensyarah yang juga berjawatan felo, juga ditemani Bella, Mira, Sue . Bella menangis melihatkan keadaan ku . katanya "kuat taww Eyka, aku tak sanggup tengok kau macam ni, Ka . . aku sayang kau" . menitis airmata ku mendengarkannya . dan aku dikhabarkan kedua ibu bapa ku sedang dalam perjalanan kemari . mungkin laju Abah drive, sejam dah sampai Hospital Kajang dari Tampin . aku melihatkan mata Mama merah . aku tahu Mama nangis . aku nampak reaksi Abah juga seperti risau terhadap ku . dan kata doktor, aku tidak dibenarkan diganggu oleh sesiapa dan meminta mereka tunggu aku diluar wad . datang Sue dan Miraa kepada ku dan berpesan agar aku kuat dan tabah . aku bertanyakan mana Bella, aku tak nampak beliau, dengan selamba Sue berkata "Bella ada luar tu, nangis . dia tak sanggup tengok kau terseksa macam ni" . aku tediam . sebak tiba² menyelubungi hati ku . datang pula Ustaz Md Zan bersama ketua felo dan juga mentor ku yang juga berjawatan felo datang melawat ku di hospital pada tengah malam itu . Ustaz Md Zan berbual bersama Abah dan berkata aku perlukan rehat . beliau berkata jika memerlukan apa², beritahulah kepadanya . dipendekkan cerita aku semakin pulih keesokan paginya jam 5 pagi, aku dibawa pulang ke Tampin dan aku mendapat mc selama dua minggu untuk berehat . Alhamdulillah . dan selama aku disemester ini juga telah beberapa kali aku sakit dan tak terdaya aku ke kuliah . termasuklah aku sakit tulang belakang, Awe serumah (Suha, Ziha, Nina, Qyla, Tyra) membelikan penampal koyok jenama penaflex kalau tak silap aku . Allahu . terharu rasa hati . sehari sebelum birthday aku, Mira, Sue, Bella dan aku sepakat nak pergi Genting Highland . alangkah seronoknya . Allahu . keesokkannya birthday aku 21 Julai 2013 Suha mengajak ku datang ke rumah petangnya . rupanya Suha memasakkan nasi ayam kegemaran ku . Allahu Akbar !! terharu aku . didalam diam aku mengalir airmata, dengan pantas aku menyapu airmata . hinggalah suatu hari aku memberi surat penangguhan semester selama setahun (dua semester) . dan ada lah juga kenangan² pahit manis yang dicipta untuk ditinggalkan semperna akan perginya aku tak lama lagi . seperti, main bowling bersama juniors, overnight KL, lepak Kajang dan bermacam lagi .  
dan ini ada beberapa cerita sepanjang semester ini yang aku ingat tarikhnya . .

23 September 2013 (Isnin)
Abah dapat call daripada Hospital Serdang dan ingin membincangkan sesuatu tentang aku . 

24 September 2013 (Selasa)
selamat tinggal Beranang, selamat tinggal kawan², selamat tinggal semua . terima kasih banyak susah senang bersama aku . thanks for the memories . thanks for being my friends . oh no, my bestfriends actually . thanks so much . 

25 September 2013 (Rabu)
pagi ni aku dan keluarga ke Hospital Serdang untuk berjumpa doctor dan discuss . they said "we should do as soon as possible" . aku diminta supaya ke bilik rawatan bagi melakukan ECHO session, scan session, x-ray session . 

28 September 2013 (Sabtu)
Annual Dinner DAB Night for Jul-Dec 2013 session . mulanya aku memberitahu kepada kawan² yang aku mungkin tak dapat datang pada malam dinner ni . mereka marah sangat . saje je buat gimik sebenarnya . malam tu aku datang . they was so happy . bergambar kenangan bersama coursemates, juniors mahupun seniors dan juga mereka yang mengenali diri ini . they supported me untuk menguatkan lagi semangat aku yang bakal menempuh detik² keramat tidak lama lagi . and they ask me to stay here for a fews day . 

30 September 2013 (Isnin)
bangun pagi ini aku baca text daripada Abah mengatakan aku akan dimasukkan ke dalam wad hospital tak lama lagi . luluh hati aku bacanya . seolah tak percaya apa yang aku baca . aku terkejut sangat . dah sampai masanya kah ? mengapa begitu cepat ?? berjurai air mata membasahi pipi . 

1 Oktober 2013 (Selasa)
again . pergi meninggalkan Beranang . terima kasih semua . 

8 Oktober 2013 (Selasa)
pagi ni aku bersiap sedia untuk ke Hospital Serdang . selamat tinggal Tampin, selamat tinggal rumah, selamat tinggal bilik, selamat tinggal katil tilam, selamat tinggal bantal kesayangan, selamat tinggal kawan² . sampainya kami sekeluarga di Hospital Serdang, hanya Allah SWT yang tahu betapa gundah, gelisah, resahnya hati ini . aku dimasukkan ke wad 6F katil 11 tingkat 6 . sabarlah duhai hati . senyumlah selagi mampu . 

9 Oktober 2013 (Rabu)
harini doctor banyak kali buat pemeriksaan . tiap masa nak buat pemeriksaan . nak ambil sample darah, x-ray, scan, ECHO, tekan² dada lahh perut lahh belakang badan lahh . petangnya, nurse bagi shampoo dan sabun anti-bacteria serta pencukur khas dan diminta supaya aku mandi dan mencukur sebersihnya . tak lama kemudian, tak dijangka datangnya sahabat² kesayangan² melawat aku disini . betapa gembiranya aku ada sahabat yang sudi datang melawat aku disini . terima kasih Hus, Wan panjang, Bella, Tyra, Sue, Suha, Miraa . ya Allah, terima kasih sahabat sekalian sudi bawakan favorite cake aku Chocolate Indulgence (Secret Recipe) . dan mereka banyak memberi kata-kata semangat . terima kasih . malamnya, aku diminta untuk berpuasa . 

10 Oktober 2013 (Khamis)
tengahari ini aku akan menjalani pembedahan . ya Allah ya Tuhan ku ya Rahman ya Rahim . hanya Dia yang tahu segala-galanya apa yang terbuku dihati ini . tetap ku ukirkan bibir ku dengan senyuman . ditemani oleh mama abah, nenek, sanak saudara . penantian kian terasa . dan kemudiannya, datang seorang doctor mengatakan "operation terpaksa dibatalkan ke esok pagi kerana patient before this masih belum keluar dari OT (Operation Theater)" . Alhamdulillah . nurse hantarkan makanan dan meminta aku berbuka puasa . laparnya !!! tapi malam ni aku kena puasa semula . 

11 Oktober 2014 (Jumaat)
pagi ini ikut perancangan, aku akan menjalani pembedahan . aku dibius ubat tidur di pinggul oleh doktor pakar bius . tak sampai 5 minit, aku dah rasa mengantuk yang amat sangat . tunggu nak masuk OT, aku sempat tertidur . sampailah datang seorang doctor memberitahu kepada mama abah bahawa operation terpaksa dibatalkan sekali lagi atas sebab berlaku 'pendarahan wanita' .aku dengan mamainya, bila dapat tahu operation sekali lagi dibatalkan, apa lagi, tidur tak ingat dunia penangan ubat tidur punya pasal . and luckily, doctor membenarkan aku pulang untuk beraya Aidiladha bersama sanak saudara . Alhamdulillah . 

13 oktober 2013 (Ahad)
tak sabar rasanya nak balik kampung di Felda Jenderak Utara, Temerloh, Pahang untuk berjumpa atok, wan, makja dan saudara mara . dan mama memberitahu kepada keluarga disana apa yang berlaku dan apa yang akan berlaku kepada ku . terkejut yang amat sangat bila mereka mendengarkan berita tentang aku . dan esoknya hari Isnin 14 Oktober 2014 kami beraya dengan gembira . 

16 Oktober 2013 (Rabu)
aku dimasukkan ke wad semula . tingkat 6 wad 6F katil 14 . aku redha . aku berserah kepada-Nya . hari-hari aku dihabiskan dengan berzikir, istighfar, membaca doa-doa, menunaikan solat, solat sunat, dengarkan lagu-lagu yang berbentuk ketuhanan . 

18 Oktober 2013 (Jumaat)
awal aku bangun kali ni . tidur malam ku tak aman . jam 4 pagi aku bangun mandi . solat Subuh, solat sunat . aku habiskan jam jam terakhir dengan membaca Yaasin dan mendengarkan lagu lagu ketuhanan . masih aku ingat pada jam 7.46 pagi dapat panggilan dari Bella . dia call sambil drive otw ke kolej pada pagi itu . sebak rasa hati . dia memberi kata-kata semangat terakhir kepada ku . dan kemudiannya, datang seorang doctor yang ingin membius ku ubat tidur di pinggul . kuasa Tuhan, aku tak berasa mengantuk pada lepas itu . mulut aku tak berhenti membaca Al-Fatihah, mengucap kalimah Syahadah, istighfar, berzikir . tipulah tak rasa takut . jujur kata aku sangat takut gelisah resah diketika itu . tapi aku cuba lawan rasa itu . aku berlagak seolah tiada apa yang akan berlaku . aku simpan perasaan itu . aku tetap senyum dan terus senyum . kali ni aku betul² redha dan hanya berserah kepada-Nya .
hinggalah aku ditolak ke OT . patient katil berdekatan semua mengucapkan selamat sembuh kepada ku dan mengatakan tiada apa akan berlaku dan menyuruh aku supaya kuatkan semangat . dengan lagak bersahaja, aku senyum memandang ke arah siling . mulut ku tak berhenti mengucap kata-kata suci . sehinggalah aku diberhentikan betul² dihadapan pintu OT . aku diberi masa beberapa minit untuk berbual seketika dengan mama abah . abah membisikkan ditelinga ku "along sabar je la k . abah tunggu along kat luar" . datang pula mama dari belakang abah, dengan nada serak suaranya seperti menahan sebak airmata dan membisikkan ditelinga ku "along baca selawat, ucap kalimah syahadah, baca al-Fatihah banyak² ye . kuatkan semangat taww .abah mama tunggu along" . aku angguk seolah memahami . jauh disudut hati aku, aku tahu mama sebenarnya sedang menangis dan berlagak seolah tidak menangis . sebab masa mama datang bisik ditelinga aku, aku perasan mata mama dah merah, suara serak . mungkin kerana tak mahu lihat aku risau akannya, jadi dia tidak menitiskan airmatanya dihadapan aku . aku sedaya upaya menahan sebak menglir airmata . aku senyum dan bertanya "abah tunggu dimana ?" . abah menjawab "ni sini abah tunggu kat sini garisan kuning tepi ni . khas untuk menunggu" sambil jari telunjuknya tunjuk ke arah lantai sebelah bilik OT . terfikir juga aku, abah mama duduk dilantai sambil menunggu aku menjalani pembedahan sehingga selesai ? ya Allah . Allahu Akbar !! sebaknya lahh .
dan kini, tiba masanya aku masuk ke bilik OT . gelap gelita . kedengaran muzik lagu-lagu inggeris . saje la tuu nak buat aku nyanyi sama . tak tahu padahal aku tak berapa layan lagu lagu omputeh . kihkihh . kiri ku terdapat sebuah mesin nyawa . keliling ku penuh dengan doctor doctor pakar dan nurse nurse . ketua doctor pakar membacakan doa dan mengaminkannya . leher kanan ku ditebuk dua lubang . dalam masa sama kedua-dua tangan kiri kanan ku turut sama ditebuk dari pergelangan tangan hinggalah naik ke atas . aku lihat darah berlumuran dileher . tangan mula rasa kebas dan lenguh dek kerana banyak kali dicocok . sakitnya tak terkata . hanya Allah SWT yang tahu betapa azabnya aku menahan sakit . dan seketika kemudian, doctor menutup mulut dan hidung ku dengan satu pam . dengan kiraan 1 2 3, aku telah pun tidak sedarkan diri .
(menurut cerita daripada mama)
- selama aku didalam biilik OT, mama membaca Yaasin berulang kali didepan pintu bilik OT tempat aku operation tuu . abah nak belikan breakfast, mama taknak, abah minta mama berehat, mama taknak . abah juga tidak kurangnya, mundar mandir menanti khabar aku . dan akhirnya, 12 lebih tengahari aku telah pun selamat menjalani pembedahan dan aku telah dibawa ke ICU peringkat pertama iaitu peringkat kritikal, atau peringkat yang risiko tinggi . Alhamdulillah . mama abah gembira sangat . dan dikhabarkan mama abah dipanggil oleh ketua doctor pakar untuk berjumpa di office beliau dan mengatakan aku selamat menjalani pembedahan -
entah bagaimana dan bila, aku tersedar . aku mamai ketika itu . aku masih ingat diketika itu, masa aku terjaga, mulut ku dipenuhi dengan tiub . dan satu wayar tiub untuk doctor menyedut darah daripada dalam mulut aku . sambil doctor menyedut cecair bercampur darah dari dalam mulut aku, kedengaran satu suara Misi (ketua nurse kot) mengatakan "adik . syafika . haii . okay, adik . sekarang jam 10 malam ye 18 Oktober 2013 hari jumaat . adik dah selamat ye pembedahan . haa adik dah selamat . sekarang adik rehat jangan banyak gerak . kalau rasa mulut ada banyak macam air ke ape, bagi isyarat tangan ye . adik tak boleh bercakap taww . bagi isyarat je" . aku mengangguk tanda faham . sempat aku fikir, oh maknanya aku koma sehari je laa . oh . hehe menyempat . dan seketika kemudian, doctor doctor datang ke arah aku dan membincangkan sesuatu sesama mereka . dan kemudian mereka memasukkan tiub ke dalam mulut dan menyedut darah . aku dapat tahu bahawa ada sedikit komplikasi berlaku sejak siang tadi . mungkin sebab aku dulu masa kecil pernah operate anak tekak terbelah dua . ni sekarang bila operate, tiub banyak masuk mulut dan mungkin ada apa apa ke, that is why la berdarah kot . doctor masukkan camera melalui hidung, check, mereka dapati bahawa ada bengkak dibahagian tekak aku . malam tu aku memang aku tak larat sangat . sakit yang teramat amat sakit . meracau jugak la . dan kemudiannya, aku tak sedarkan diri . rasanya doctor bagi bius and ubat tidur la kot .
(menurut cerita daripada mama dan sahabat²)
- selama aku tak sedarkan diri dari lepas operation sampai esoknya, ramailah kesayangan² aku datang melawat . kawan² abah mama pun datang melawat . menurut kata Bella, dia tak berani nak dekat dengan aku . dia sebak katanya tengok keadaan aku yang berselirat dengan wayar tiub . dengan keadaan aku koma . dia tak sanggup katanya . aku dapat tahu pada masa tu yang ada datang miraaa, suhaa, tyraa, awe, bella, sue, nina dan siapa lagi aku tak pasti . kemudian geng mama abah pun ada . yang pasti pelawat tak putus putus datang melawat aku sejak sebelum operate sampailah aku lepas operate . terima kasih . Alhamdulillah . pada hari aku operation, adik aku yang dari Batu Pahat (belajar di KPTM) balik Tampin naik bas, terima kasih sahabat ku Puteri sebab dia sudi jemput adik ku di stesen bas di Tampin dan menghantarkan ke rumah . dan kemudiannya adik aku bergegas dari Tampin ke Hospital Serdang dengan membonceng motor abah untuk melihatkan sendiri bagaimana keadaan ku, dan menemani Mama Abah . Allahu  - 

19 Oktober 2013 (Sabtu)
aku terjaga pada jam 12 lebih tengahari . nurse bersihkan diri aku . mereka mandikan aku . aircond di wad ICU Tu punyalah sejuk . tersangat sejuk . sebab ianya untuk elak kuman . aku berselimut pun sampai tiga helai .
seperti biasalah juga, masih ramai saudara mara datang melawat aku . syukur ya Allah .
doc meminta aku belajar menggerakkan tubuh badan sendiri secara perlahan-lahan seperti pusing kepala semampu daya aku, belajar genggam tangan, belajar gerak tangan, belajar gerak kaki, belajar dongak kepala, bbelajar tuduk kepala . doc tak benarkan aku supaya banyak bercakap, kena kurangkan bercakap, cuma aku hanya diizinkan untuk memberikan isyarat jika ada apa apa kerana untuk elakkan berlaku komplikasi dan bengkak di tekak takut nanti mungkin berlaku lebih teruk . dan aku diminta supaya bernafas sendiri tanpa guna wayar penafasan atas sebab tekak aku bengkak dan nak elak komplikasi lain berlaku . Alhamdulillah . aku mampu lakukannya !! aku dapat bernafas seperti biasa walaupun nafas ku pendek . tapi untuk pengetahuan semua, dah beberapa malam tidur aku memang tak nyenyak . asyik terjaga je . dah lah sejuk . menahan azab sakit pulakk . Allahu 

20 Oktober 2013 (Ahad)
jam 6 pagi aku dimandikan . sejuknya, ya Allah . bila diri dah bersih . aku diminta supaya belajar duduk, belajar berjalan . doctor pernah menerangkan masa sebelum pembedahan dulu, katanya aku kena belajar bernafas, belajar berjalan, belajar bercakap . katanya lagi nanti aku seperti bayi kecil yang masih belum tahu apa apa dan aku kena belajar semua itu .
seperti biasa, ramai yang datang melawat . sudara mara, kawan kawan abah, kawan kawan mama . dan petangnya miraa, sue, bella datang melawat lagi . kebetulan doctor mengatakan aku dah boleh makan tapi makan benda lembut . Alhamdulillah . setelah tiga hari tak makan tak minum, now aku makan bubur dan minum air milo . syukur ya Allah . cuma harini aku mula muntah muntah . muntah tanda nak keluarkan sisa bius . doc ada terangkan itu sebelum aku dibedah dulu . cukup seksa aku nak batuk dan muntah . sakitnya dada ku ya Allah . terasa nak terbuka semula jahitan di dada ku ini bila aku batuk dan nak muntah . maa shaa Allah . dan sekali lagi ketika kawan kawan datang melawat, bella tak berani nak dekat . dia tak sanggup tengok keadaan aku yang lemah tapi aku cuba juga sedaya upaya aku menjadi kuat katanya . bella kesiankan aku .

21 Oktober 2013 (Isnin)
seperti biasa . awal aku bangun dan dimandikan . dan aku disuruh supaya belajar duduk di tepi katil . belajar berjalan . belajar duduk di kerusi tepi katil . sakitnya tak terkata ya Allah . sabar dan terus bersabar .
dan masih tak putus putus orang datang melawat . syukur ya Allah . 

22 Oktober 2013 (Selasa)
seperti biasa . awal aku bangun, dimandikan . dan doctor kata tiub kencing harus ditanggalkan dan tidak boleh dipakai lama . takut nanti kuman . dan doctor tak galakkan aku memakai pampers . so, aku kenalah belajar berjalan untuk mudah nak ke tandas . dan kata doctor lagi, aku boleh dipindahkan ke wad ICU peringkat kedua iaitu peringkat separa krtikal . kerana katanya aku menunjukkan perubahan sangat positif . perubahan positif aku cepat berlaku katanya dan doctor doctor serta nurse nurse amat terkejut dengan perkembangan aku . Alhamdulillah . berkat sabar dan kuat aku membuahkan hasil . dan aku dipindahkan . tak sabarnya aku nak mama abah tahu akan berita gembira ini . bila waktu melawat, mama abah datang kepada ku dan mereka terkejut, sangat tak sangka apabila tahu aku telah ditukarkan ke wad ICU peringkat kedua . kerana ianya berlaku terlalu pantas . 

24 Oktober 2013 ( Jumaat)
selama aku di wad peringkat kedua ni, aku cuba kuatkan semangat aku untuk belajar semuanya . semuanya . walaupun tidur ku tak lena . muntah muntah, batuk batuk . pagi jam 6 aku mula gerak dari katil untu memulakan pembelajaran ku . aku belajar gerak tangan, belajar genggam tangan, belajar dongak kepala, belajar tunduk kepala, belajar goyang kaki, belajar berdiri, belajar berjalan, belajar bernafas, belajar bercakap, ... . aku belajar segalanya . jam9 pagi, doc physiotheraphy datang untuk memeriksa tahap pernafasan ku dengan menggunakan alat pernafasan yang diberikannya . kadang naik kadang menurun . pabila selesai, barulah aku berehat sebentar . ya Allah seksanya rasa . sakit ya amat sangat ya Allah . aku berjalan sendirian ke tandas . dah macam baby . kena belajar segalanya . sakit memang sakit . hinggakan tak terluah dengan kata-kata . terdiam seribu bahasa . aku hanya mampu menangis seketika . dan kemudian aku tak fikir apa, cuma aku fikir Allah mama abah adik . aku gagahkan diri aku, aku kuatkan semangat, tabahkan hati . Alhamdulillah, kata doctor aku sentiasa tunjukkan perkembangan yang baik .
dan pagi ni datang ketua doctor pakar menanyakan keadaan aku, kemudian beliau check report tentang kesihatan aku . sebenarnya jantung aku sedikit berair . mereka mendapati jantung berair 0.012 litre . dan ketua doctor pakar tu bertanya "you okay ?" . aku jawab "okay" sambil senyum riang . beliau tanya lagi "you nak balik ?" . mestilah aku jawab nakkkkkkk . doctor kata "okay you boleh balik . take care okay . have a nice day for you" . doctor lain and nurse lain semua terkejut mendengarkannya . ya Allah, betapa sukanya aku . gembira tak terkata . syukur Alhamdulillah .
tak perlu masuk wad ICU peringkat ketiga, tak perlu masuk wad biasa semula . aku masih di ICU separa kritikal lagi pun, doctor dengan confident kata aku dah boleh balik . jantung berair boleh hilang sendiri katanya . Alhamdulillah syukur ya Allah . tak terkata, tak terluah dengan kata-kata dan tak tahu macam mana aku nak gambarkan kegembiraan aku ni . sungguh gembira . berkat kesabaran aku, berkat aku diam tanpa mengeluh . berkat aku tabahkan hati kuatkan semangat . dan akhirnya ada hikmah Allah tunjukkan . hanya seminggu, aku dah boleh balik . Alhamdulillah . Alhamdulillah . Allah memberi peluang kepada ku untuk terus hidup, untuk terus berada dijalan-Nya . Allah beri aku kekuatan dan ketabahan yang amat hebat sekali . aku sendiri tidak percaya yang sebenarnya aku boleh harungi semua ini dengan setabah-tabahnya . 

pengajarannya disini, sabarlah hadapi tiap ujian daripada-Nya . kerana Allah janjikan kebaikan kepada orang yang bersabar mengahadapi ujian-Nya . jangan sesekali kita mengeluh . kuatkan semangat, tabahkan hati . Allah SWT tak akan menguji hamba-Nya lebih dari yang mampu . redha, serahkan segala kepada-Nya . in shaa Allah . Allah sayang kita sebab tu Dia uji . kadang kita lalai leka dan terlupa, bila Allah turunkan ujian, Dia rindukan kita sebenarnya, rindu nak kita sentiasa mengingati-Nya . jangan abai hubungan kita dengan Allah . teruskan berdoa . doa tak mampu mengulangi waktu tetapi mampu membuat kesempatan datang kembali . doa tidak selalu memperbaiki hati yang hancur tetapi doa mampu mengubahnya menjadi sumber kekuatan dan penenang qolbu . nobody perfect, everyone hopefully a better than yesterday . me too . . 
sekian, terima kasih .
- eykadania, pesakit jantung berlubang . 

muka pabila dalam perjalanan dari rumah nak ke Hospital Serdang
bagi persiapan untuk menjalani operation 
agak pucat lesi .
masa ni badan tak sedap je rasa .

number katil di wad 6F Hospital Serdang

berehat untuk tenangkan diri sehari sebelum pembedahan

sabu dan shampoo yang perlu digunakan masa mandi sebelum
pembedahan untuk pe-nyah kuman

alat belajar pernafasan .
sebelum operation, aku cecah 1500 
tapi after operation, nak cecah 500 pun payah .
Allahu Akbar 
sakit ya amat nak belajar bernafas .
aku kuatkan semangat belajar dan terus beajar walaupun sakit

ciksue ajak selfie

mira ajak selfie juga

**tak sempat nak bergambar bersama suha, tira,
wan panjang, bella, hus dan lain lain . 
maaf .
tapi mereka banyak bisik ditelinga aku, peluk aku, 
bagi kata kata semangat

pagi subuh yang terakhir sebelum operation
aku berdoa memohon segala, 
aku berserah segalanya .
segalanya .
aku redha akan ketentuan-Nya .
jika aku harus mati, pertemukan aku dengan-Mu ya Allah .
tabahkan hati mereka mereka, 
kuatkan mereka untuk teruskan perjuangan kehidupan mereka .

muka sebelum pembedahan

muka menantikan saat dan detiknya untuk
ditolak ke Dewan Bedah


antara kata kata semangat daripada twitter kawan kawan 
yang dapat aku simpan

**di instagram juga ada . maaf tak sempat nak simpan .


waktu ni aku masih koma .
dan mereka ini antara jiran jiran rumah yang merupakan
kawan kawan mama yang turut datang melawat aku .
syukur .

muka 10 hari selepas operation

keadaan tangan kiri dan tangan kanan aku selepas operation
dari pergelangan tangan sampailah ketiak aku 
semua bengkak bengkak dan lebam lebam