Saturday 23 January 2016

teringat terimbas terkenang

tetibe teringat someone .
someone yang bukanlah sesiapa pun sebenarnya .
tapi,
bila aku teringat dia,
automaticly aku jadi sebak .

uncle cina .

yes, he is .

uncle cina tu satu wad masa aku sebelum operation .
entri sebelum ni aku ada cerita sedikit sebanyak pengalaman aku sebelum semasa dan selepas operation .
masa kali kedua aku cancel operation,
aku mengantuk yang teramat sangat .
sebab pagi tu doctor dah siap bagi injection ubat tidur, dah sapu ubat anti-bakteria, dah bagi ubat itu ini apa semua .
but at the end, last minute operation is cancel .
aku masatu, ya Allah, Allah je la tahu apa aku rasa .
mengantuk dan lapar .
dua tu je aku rasa masatu .

oleh kerana aku sangat sangat terrrrrsangat mengantuk dan terrrrrsangat lapar .
so aku lemah .
lemah selemah lemahnya .
uncle uncle and auntie auntie satu wad dengan aku semua kesian tengok keadaan aku
lembik sangat .
mata kuyu je .
sleep all the time .
jaga sesaat dua je then boleh tertidur semula .
bayangkanlahhh . .
so then, bila dapat tahu je operation cancel .
uncle tu bagi makanan dia kat aku .
dia makanan hospital tak berapa suka katanya .
aku masatu tengah tidur .
mama kejut aku suruh makan .
aku pun terkebil kebil la mata,
nak bukak mata pun kemain berat lagi .
mama suap makan .
masa aku tengah makan, aku ingat lagi kata kata uncle tu
"makan haa . you kena makan . you mesti kuat . you muda lagi"
aku makan pun boleh tertidur .
mama kejut suruh kunyah sampai habis .
aku tertidur lagi .
ya Allah .
mengantuk sangat .
gigihlah mengantuk mengantuk pun makannya habis jugak aku ni .
lapar sangat .
Allahu .

lepas makan, aku sambung tidur .
sampai ke petang tidur .
satu hari tu memang tidur je .
sampailah petang tu dapat permission untuk keluar wad tiga hari untuk celebrate Raya Haji .
dalam kereta pun aku tidur .
tangan tengah sakit dek bengkak bekas wayar wayar itu ini tak terasa .
yang aku rasa cuma mengantuk .
hari esoknya masih mengantuk .
dua tiga hari tu memang mengantuk .

bila warded semula, aku semangat .
aku habis redha dan tawakal je untuk operation .
tarikh kali ketiga ni confirm .
dan Alhamdulillah,
aku selamat menjalani pembedahan .
walaupun lepas pembedahan ada sikit komplikasi kat tekak .
but then, all is well .
syukur Allah mempermudahkan segala .

seminggu lepas tu boleh balik .
hari aku nak balik tu, aku dapat berita menggemparkan .

guess what ?

mama baru nak cerita yang uncle bagi aku makanan tu dah meninggal .
aku terus terdiam .
seribu satu benda bermain kat fikiran aku .
tersentak aku .
seriously .
i'm speechless .

siapa sangka .
honestly, dia nampak kuat .
kat wad hari hari masa sebelum operation, dia nampak very cool .
siap main game kat tab .
berjalan merayau sini sana .
bila dah operation, dua tiga hari lepas operation dia meninggal sebab ada komplikasi .

and guess what ?

yang buat aku lagi speechless lagi terkejutnya,
uncle tu meninggal hari yang sama dengan hari aku operation .
aku operation pagi, dia meninggal malamnya .

aku masatu tak tahu apa nak cakap .
bila dengar mama cerita tu, aku diam je .
tak mampu nak cakap apa dah .

and now,
it's happened for three years ago .
but until now, kadang aku teringat dan aku jadi sebak .

macam macam aku fikir .
aku fikir orang sekuat dia, tapi dia meninggal few days after operation .
aku fikir auntie sebelah katil aku tu apa khabar dia .
aku fikir pakcik melayu katil depan aku apa khabar dia .
aku fikir makcik melayu katil depan aku apa khabar dia .
aku fikir uncle india katil dekat juga dengan katil aku apa khabar dia .

semoga semuanya baik baik hendaknya .
yang pergi biarlah pergi .
teruskan perjuangan buat yang masih bernafas .

sesuatu yang aku dapat dan belajar iaitu,
tiap yang hidup pasti mati dan mati tak kira usia tak kira dimana bagaimana dan siapa .