Wednesday 19 October 2016

travel to Perak with Baeby

seperti entri lepas ke Perak bersama keluarga, kali ni ke Perak dengan kawan kawan pulak . kawan sama belajar masa kat KPM . ke Perak bertiga je dengan bella dan mira ayoyol .
day 1 : 28 April 2016
pagi pagi bertiga berkumpul di Petronas depan Terminal 1 Seremban . sebelum gerak, kitorang breakfast siap siap dan beli kudap buat makan dalam kereta . so settle semua, ayuh gerak . Perak we go !!! 

bila dah sampai R&R Tapah, siapa sangka bella dan yoyol nak bawak sis ke Cameron Highland sebab dorang tahu sis tak pernah jejak lagi kaki ni ke Cameron Highland seumur hidup . 

sebenarnya masa bincang nak vacation ke Perak ada bincang nak ke Cameron Highland then cancel sebab takut tak sempat memandangkan masa agak terhad . alih alih masa hari pertama nak gerak tu dan dan la menyinggah Cameron Highland . 

sis tak tahu la nak terharu ke macam mana . thanks my gilrs . naik dari Tapah, sis akui jalan Tapah memang penuh berliku seperti mana liku liku kehidupan kita . kahkahhh . sis yang tak drive ni pun kecut perut tengok . lori banyak lalu lalang . bayangkanlah kita ni yang kecik naik kereta tak memasal kena makan sisi jalan . 

dah separuh jalan naik, bella dan yoyol ajak chill kat Robinson Waterfall . view memang nice . and then kitorang memang bernasib baik sebab masatu takde pun bunyi siren tanda mata air datang ke apa . so apa lagi kitorang bergambar la sampai pengsannn . tapi sis nak cerita satu hal la . dalam sis tengah berseronok, dah nak sampai Robinson Waterfall tu baru perasan yang sis tak bawak IC dan lesen . damn !! spoil lahhh . yang ada IC darjah 6 je punya la lapuk berlubang warna pun dah kuning tragis sangat dah . yoyol kata ''takpe la asalkan ada ic lama tu'' . it's okay je la, sis redha je la . 

then, sambung perjalanan naik Cameron Highland . dah sampai atas, maa shaa Allah . lupa segalaaa . cantiknyaaaaaaaa . singgah Valley Tea . singgah pasar malam . singgah MARDI dapat ice blended strawberry free, dapat strawberry free, dapat air kordial strawberry free . yang penting dapat strawberry free tuu banyakkk sangattt sampai tak terhabis makannya . nasib la ada sorang abe ni treat late lunch kitorang . murah rezeki . makan tak ingat dunia . sebab dah jam 5pm baru nak lunch . mana tak kebulur memasingnyaaa . then kitorang chill area Cameron Highland . ingat nak singgah Lavender farm, Rose farm, Bee farm . tapi macam tak sempat . nasib baik dah beli sesiap honey stick kat pasar malam tadi . 

so then kitorang sambung perjalanan ke Perak . sampai Ipoh petang 6 lebih gituu . terus pergi ke Aeon Klebang sebab nak jumpa ciksue . ciksue kerja kat UNIQLO Aeon Klebang Perak . dah sampai Aeon mencari ciksue kat tempat kerjanya tapi tak jumpa . so we've decided gerak balik rumah ciksue kat Kuala Kangsar drive slow slow . sampai Kuala Kangsar bantai tak jumpa jalan rumah ciksue . terjadilah suatu peristiwa . on waze disuruhnya jalan terus je but in reality jalan mati, depan tuu macam hutan depan sikit tu tanah kubur . gila kau !!!!!! reverse kereta selaju alam . keluar semula ke jalan besar dengan lajunya . tengok jam dah 11 lebih . bandar lengang . masing masing gelabah . sudahnya call mak ciksue pick up kitorang kat mana mana . ingat nak suprise mak dia alih alih kita kena suprise . sampai rumah ciksue terus terbongkang dalam bilik . ya Allah . penatnyaaa . dari subuh sampai 12 malam . patah pinggang rasa . ciksue pun dah balik . makanya lepaslah rindu kami berempat setelah setahun lebih lamanya tak jumpa . rindu tak terkiraaa . tak dan nak gosip apa . baring kejap terus tertidur . tak larat dah . penat sangat . kesian bella seharian drive . yoyol nak drive tak dibaginya .

day 2 : 29 April 2016
bangun pagi sesiap nak pergi Tambun Waterworld . punyalah murah rezeki, bella belanja we all tiket . Allah . kitorang pun berseronok la dalam tuu . bergambar le engko sampai muntahhhhh . petangnya memasing kebulur . pergi Konda Kondi Cafe kat Ipoh . korang kalau travel ke Perak kalau ke Ipoh pergilah Konda Kondi Cafe . very recommended . sedap sangattt . ada set . so murahlah . memasing dah kebuluran sangat, dapat makanan tak fikir apa dah . ingat nak pekena laksa Kuala Kangsar tapi tak sempat sebab dah nak malam, dah tutup . takde rezeki . then kitorang ke Mydin Ipoh untuk beki hadiah . and then balik singgah bandar pulak . we all pergi area Dewan Perdana Kuala Kangsar . best . baju ada cantik cantik dan murah . buat inai rm5 dan semua nak buat inai ditangan . ingat nak lepak minum tapi semua dah tak larat . so balik rumah . sampai rumah dah 12 malam . terbongkang .

day 3 : 30 April 2016
bangun bersiap nak pergi wedding Teha member KPM kami juga di Batu Kurau . Alhamdulillah bila sampai, dapat juga jumpa kawan kawan KPM yang lain . hazim, eidot, pisang, rubi . yang sedihnya tak sempat jumpa awe . terkilan sangat rasa . and this is our last day at Perak . lepas wedding, kitorang bertiga dah nak balik selatan dah . menangis tak berlagu . hug ciksue lama lama . hug rubi . salam cium eidot . seriously missing ciksue a lottttt . menangis kitorang dah nak berpisah dah nak balik tempat masing masing dah . bukan senang nak jumpa sebab masing masing jauh dan ada life sendiri . hmmm sebak sikit time ni . 


okay settle . 

motif kami ke Perak adalah sebab wedding member kami, Teha di Batu Kurau . bak kata pepatah, sambil nyelam sambil minum air . so nak pergi wedding kawan, sambil tu berjalan sakan la kannn .


itinerary trip to Perak : 

day 1
-petrol rm25/pax (kereta bella actually NGV tapi bila NGV habis, guna petrol)
-breakfast rm10
-lunch free orang belanja
-dinner rm6/pax kat aeon klebang
-beli seluar kat aeon rm10
-beli kudapan rm10
-bee stick rm10
-tol rm20/pax

     total belanja : <rm150/pax 

day 2
-lunch rm13/pax kat Konda Kondi Cafe
-inai rm5/pax
-petrol rm20
-souvenir tambun rm20 

     total belanja : <rm50/pax 

day 3
-petrol rm20
-beli kudap rm10

     total belanja : <rm40/pax


bajet sis bawak untuk travel ke Perak rm350 tapi balik ada balance lagi duit sis dalam rm40 ke rm50 sebab banyak part kitorang cut dan menjimatkan contohnya tempat tidur dan makan minum fully mak ciksue yang masak dan sediakan . untuk kos petrol pula kami kongsi dan kereta kami naik pula ada ngv . maka, ianya membantu untuk menjimatkan kos .

kalau anda nak travel ke Perak sebenarnya rm350 tu macam nyawa nyawa ikan je sebenarnya sis rasa . sebab kos tol, petrol kereta, makan minum, souvenir . itu tak campur lagi kalau anda jenis kaki shopping . sis ni jenis tak suka shopping . sis just beli souvenir je bawak balik sebagai kenangan . 

dan nasihat sis, kalau travel ramai ramai lagi bagus sebab boleh share bajet contohnya bab tempat tidur, petrol, tol, dan bab makan minum juga mungkin boleh share bajet jugakkk .


dan boleh try tengok gambar gambar di instagram sis, @eykadaniah

Tuesday 18 October 2016

vacation to Perak

maybe macam dah lambat nak post kan sebab cerita agak nak lapuk sebab nak dekat setahun berlalu tapi peduli apa aku nak jugakk ceritaaa . hahahahahaha

12 Disember 2015
unplanned sebenarnya pergi Perak dengan family . puncanya sebab ada wedding kat Teluk Intan . maklong tak dan nye nak drive sorang . so abah pun dengan cool nye okay la gerak la gerak laa . dari Nilai ke Teluk Intan around 4 to 5 hours mungkin . so sampai jam 3 petang . sampai je Teluk Intan terus mencari rumah pengantinnya . duduk duduk sembang makan makan sebab semuanya kebulur teruk tak lunch lagi . hahahahahaha . then check in homestay . homestay best selesa besar . then ingat nak jalan jalan pekan Teluk Intan tapi hujan lebat . ingat nak ke Pulau Pangkor pun tak jadi sebab hujan . so duduk dalam kereta je la pusing pusing area pekan je . senja tu before balik singgah pasar malam . time to food hunting lewww . first try minum bandung dalam besi . korang kena try kalau pergi Teluk Intan . tersedappp syahduuu air dia . then makan kuih apa tah nama dia memang kat teluk intan famous . then makan char kuew tiawww . pehhhh mantoppp . dah kenyang bahagia, balik homestay . duduk homestay je malamnya tak kemana sebab hujan hujan hujan .

13 Disember 2015
sesiap nak gerak pergi wedding . panas denting . sakit kepala aku . spoil . punyalah taknak terbantut mood aku . terpaksalah telan sebiji dua panadol actifast . Alhamdulillah . then dah settle wedding, balik homestay semula . siap siap nak balik . hujan lebat . almaklumlah hujung hujung tahun kan . asyik hujan je la . before gerak balik, we all singgah pekan Teluk Intan . apa lagi, selfie sampai pengsan lahhh . hahahahahaha . bergambar kat Menara Condong .

*gambaq semua dah transfer ke lappy . so ss kat instagram je la ek .  hahahahahahah