Friday 25 January 2019

travel to Langkawi 2018

11 November 2018

morning flight KUL - LGK, Air Asia AK6312 (7.05am - 8.35am) 
punyalah barai bangun 4 pagi

sebelum tu, aku nak cerita sehari sebelum pergi . sabtu 10 Nov 2018 . aku keluar dengan cousin aku beli barang for our last preparation . keluar tak ingat dunia . sampai kul 10 11 malam tak balik rumah lagi . dengan baju tak pack lagiii . barai barai . balik terus pack baju . haaa bila bab packing ni mulalah jadi macam orang tak betul . blurr kejap . jadi dungu kejap tak tahu nak pack apa . sampai 2 pagi dok menung dok pack dok kemas kemas entah apa 

okay berbalik cerita tadi . dah pagi jam 4 lebih, gerak . luckily adik aku baik hati volunteer nak hantarkan ke airport . dalam perjalanan, DSLR terrrrrlupa . damn . patah balik . nasiblah adik aku tak marah . so, patah balik . then gerak singgah pickup cousin aku and shoot to KLIA2 . sampai airport terus aku cari tempat timbang bag dulu . risau kot terlebih 7kg . sekali betul, terlebih !!! puaslah dok cover . nak sejam jugak buat . hahahaha . gelabahnya . then dah masa untuk boarding . lambat dah woiii . 

and finally, we are arrived !!! 

hello Langkawi

welcome to Langkawi 

sampai je airport Langkawi dalam jam 9am, terus ada suara jeritan ramai . ingatkan apa benda, rupanya booth kereta sewa . okay aku nak ceritalah moment aku and cousin masa sampai sampai je Langkawi . masih dalam airport lagi padahal . masa ni aku and cousin blank tak tahu apa nak buat sebabnya kitorang ke Langkawi ni without proper itinerary . datang terjah travel selamba . so aku and cousin bincang dulu, first kita cari kereta sewa . yes, kereta sewa ! kitorang fikir juga nak amik luar atau dalam airport ni je . tengok pada jeritan promoter booth booth yang ada tuuu, mostly jerit promosi rm50 rm50 rm50 . so aku and cousin duduk duduk ni tenangkan diri and fikir . okay then, kitorang decided nak amik kereta sewa dalam airport ni . sebab ? sebabnya at least kepercayaan kami ni besar kepada sewaan dalam airport ni berbanding nak sewa luar tuuu kot laaa kami kena tipu . so kitorang pun geraklah ke satu booth ni and tanya pasal kereta sewa . tanya kereta apa yang ada, sehari berapa harga sewaan, deposit, dan sebagainya . okay tapiiii menyempat juga tanya mana nak makan breakfast sedap . hahahaha . kami dah kebulur ! okay settle bab kereta


kitorang pun keluar dari airport . maka bertemulah kami dengan ruas buku . ehhhh itu pepatah . hahahahah . masuk je dalam kereta sewa, memasing macam speechless . hahahahaha . almaklumlah . kereta sewa baru weiiii . macam best nye drive kereta baru . hahahahaha . 

okay tengok jam dah nak 10 pagi . kitorang gerak ke Pantai Cenang seperti yang disarankan . katanya ada satu port ni breakfasat sedap . kitorang pergilah . tempatnya mungkin nak nampak rare . tapi aku nampak ala ala raggae . foreigner bersepah breakfast sini . roti canai ada . aku ofcourse la breakfast roti canai . cousin nasi lemak . harga pun tersedak bila tahu . hahahaha

lepas dah kenyang makan . terus gerak pergi Sky Cab .
at first, kitorang nak pergi naik cable car . tapi tengok package, tergoda pula . hahahaha
sudahnya kitorang amik juga la basic package . 

cable car - sky glide - sky bridge - sky dome - sky rex - 3D animation






okay semua gambar gambar dalam post ni ada part yang tak sempat nak bergambar . atas faktor penat, tak ada mood nak bergambar, lagi pulakk nak save battery phone . hahahaha

bayangkanlah kitorang dari 11 pagi lebih kuranglah sampailah ke petang jam 4 lebih dah nak jam 5 macam tu . penatnya ya Allah ! tak terkata dah urat kaki urat kepala otak badan badan ni macam mana rasa . at least habis jugalah package yang amik ni . padahal masa kat sky glide tu je kitorang macam nak give up, turun ni nak balik teruslah tak laratlah apalah . hahahaha

balik tu suddenly terjumpa air kelapa tepi jalan . apa lagiii, singgahlah beli !! punyalah penat . dengan kepanasannya . bila dapat air kelapa, nikmatnya .

sebelum sampai ke Pantai Cenang, dalam penat penat pun kitorang singgah makan Laksa Sekoq . lapar belum lunch lagi . bila dah start makan, bapaklah sedapnyaaa . tak cukup laksanya, cousin pergi order pulak mee goreng panas panas . memang tahap kebulur apa entah kitorang . hahahaha

and then kitorang gerak nak check in hotel kami Tubotel .

speechless !





bilik kami dapat rupanya sunset view . ya Allah ! cantiknyaaa


tak tahulah macam mana nak describe perasaan ni . dah la tak cukup tidur . tidur sejam dua je . pagi buta 4am dah siap siap nak ke airport . sampai sampai terus pergi naik cable car . dari pagi sampai ke petang . dengan beratur panjangnya, jalan tengah tengah panas . sampai hotel bila dapat view macam ni, ya Allah . rasa terubat penat kami .

malamnya kami tak buat apapun . cuma jalan jalan area Pantai Cenang naik kereta . beli kudapan and selipar . and then terus balik hotel . dinner kitorang cuma makan maggi cup je . hahahahah . punya barai dan kebuluran, maggi cup je ubatnya . then masuk tidur . baring terus terlelap dan terlena tak ingat apa dah .


12 November 2018

hari kedua kami dimulakan dengan breakfast sedap yang hotel sediakan . hahahahaa . before that, aku sempat buat itinerary apa nak buat . 
oh ya,
masa breakfast tadi, sempat juga cousin aku tanya reception pasal island hopping . Alhamdulillah rezeki dapat join trip 2pm . kami dijemput dan dihantar pulang semula ke hotel . so tak perlu nak risau bab transportation nak ke jeti .

dah sudah breakfast, jam 9 lebih tuu terus gerak pergi Kota Mahsuri . sebab apa aku nak pergi tempat mahsuri ni, sebab aku nak try air perigi dia . ada la masa bila entah tuu aku tengok tv, kata air tu boleh buatkan air muka kita berseri . so aku pun nak try laa . almaklumlah masih single ni . mana tahu nanti balik, ada orang masuk minang . eh eh ehhh 

makam Mahsuri

rumah Mahsuri


telaga Mahsuri

after that,
kitorang tengok teater Mahsuri selama satu jam

sebelum balik, ofcourse la kena ada buah tangan untuk dibawa pulang

so, dah sudah jalan jalan dan timba ilmu di Kota Mahsuri, 12pm kitorang nak balik semula . prepare untuk island hopping petang ni . dalam perjalanan tu, cousin aku nampak ada jual air soya tepi jalan . kitorang pun belilah . ya Allah ! sedapnyaaaaa . for my first time minum air soya air gula melaka . yes my first time . sedap air soya dia . smooth je rasa . then balik Pantai Cenang, cari makan . kitorang lunch nasi ayam . and sempatlah beli seluar pantai untuk nak pakai island hopping kejap lagi

2pm now island hopping kitorang dimulakan dengan Pulau Dayang Bunting

then, Pulau Singa Besar ( eagle feeding)

and last, Pulau Beras Basah 






about 3 to 4 hours juga kitorang cover few islands and ofcourse, kitorang happy ! sampai semula ke darat dalam 6 lebih petang tuu . and what, mestilah ada beli buah tangan kan nak bawak balik . tak ada maknanya balik dengan tangan kosong . hahahahah

malam tak ada apa nak buat . jalan jalan Pantai Cenang naik kereta  juga . and macam biasa, dinner maggi cup je lepak depan hotel .


13 November 2018

hari ketiga kami juga dimulakan dengan breakfast hotel . hari ketiga ni macam krikk krikk sikit . at first, kitorang teringin nak ke Temurun Waterfall tapi macam tak terpergi je . nak pergi Skytrex pun macam tak terpergi je rasa . satunya sebab seluar track tak ada pun . and sebab lainnya ada orang kirim barang . so hari ketiga ni tak ada bendalah nak buat pun . breakfast pun lengah lengah je . hahahaha . then kitorang check out hotel

pagi ni 10am lebih lepas check out hotel, jalan jalan tepi Pantai Cenang . jalan kaki sambil nikmati view Pantai Cenang ni . merasa juga jejak kaki kat pantai ni . what a nice babe



kejap je tak lama . dah sudah bergambar, terus gerak cari stesen minyak dan bergerak terus ke Kuah . time fore shopping !

before ke Kuah tengahari tu kitorang sempat singgah kejap di Nusantara Minyak Gamat . kedainya memang betul betul tepi jalan besar antara Pantai Cenang-Kuah . senang je nak cari kedai gamat ni . kat kedai ni juga ada satu space untuk buat minyak gamat depan mata kita . live depan mata punya . and macam biasalah before gerak, mesti ada buah tangan dibeli kannn

okay now gerak Kuah . makcik aku kirim sudu emas . so gigihlah cari . aku sampai pening pening kepala otak . gagah juga sapu minyak, makan panadol . Alhamdulillah ada surut . pergi Idaman Suri . tak cukup situ, pergi HIG (Hj Ismail Group) Kompleks . patah semula ke Idaman Suri untuk beli sudu emas oleh sebab kat HIG tak ada jualnya . dah sudah beli sudu emas, patah pula semula ke HIG Kompleks, shopping coklat coklat pula . and then pergi juga ke cawangan HIG yang lain nak tengok stock rokok .

dah sudah beli beli . tengok jam dah nak 5pm . perut dah lapar . google la makan apa sedap . no choice, nasi ayam je pilihan yang ada . kang try nasi berlauk lauk tu kang entah tekak boleh adapt ke entah harga macam mana pula . so carilah kedai yang dikatakan nasi ayam sedap tu . sekali bila sampai, tengok tengok tutup pula . jalan je la terus sekali terjumpa kedai seafood . ahhh lantaklahhh . berhenti je lahh makan . lapar punya pasal . 

lepas makan, pergi kejap ke Dataran Lang . tapi sayang, hujan pula . so patah semula terus ke hotel Bahagia . check in . rest well . what a tired day . 

malamnya keluar kejap ke area HIG Kompleks, cousin nak beli bag untuk check in baggage nak balik nanti . nad also ke mcD, cousin nak burger la air la apa . and know what, for the first time mcD sini bukan 24 hours . 10pm dah tutup . nasib cousin aku sempat beli . and dah sudah beli, balik hotel and kitorang start packing . rasa macam dah shopping over sangat . risau pula kalau terlebih kg . hahahaha


14 November 2018 

today is our last day at Langkawi . kejapnya masa berlalu . dah nak balik dah . sedihnyaaa . hari last ni lagi macam sendu . sebab dah nak balik kan . so mood tu macam suam suam kuku je . breakfast hotel sediakan . lepas breakfast 9am lebih kurang terus check out hotel, and gerak ke Dataran Lang .


dah sudah bergambar, kami gerak semula ke HIG Kompleks sambung shopping . 

dari jam 9 lebih lebih pagi tuu sampai ke sudah . berejam juga la duduk dalam kompleks tu memikirkan coklat apa nak dibeli angkut bawa balik . hahahahahah

before balik ke Pantai Cenang . singgah cuci kereta dalam jam 1pm lebih . almaklumlahkan diberinya cantik bersih, dipulang mestilah kena cantik dan bersih juga . sampai bergaduh aku dengan cousin . aku nak basuh, cousin aku kata tak perlu . sebab apa bertekak ? sebabnya masa ni duit kitorang dah nyawa nyawa ikan . syok shopping tak ingat dunia sangat kan . haaa tudiaaaaa

dalam perjalanan nak balik, kitorang plan nak singgah lunch ke Laksa Sekoq . lapar punya pasal . tapi masa dalam kereta, aku try check in online supaya nanti tak ada la rushing ke apa kann . lagipun kena check in at least 3 to 4 hours before fly . tak dapat . ah sudahhh ! gelabahnyaaa . apa lagi, shoot airport terus . dah sampai je airport, sambung packing . almaklumlahkan pagi tadi kan shopping lagi lagi dan lagiiiii . dalam nak pergi check in, angkut bag sekali sebab nak timbang . nanti tak ada la rushing baru nak cover berat bag apa bagai . dalam airport tu bila dah sudah check in kat kiosk self check in, baru nak lega hati rasa . sekali pergi tempat timbang bag, bag yang nak check in overweight . bag yang bawa naik cabin pun overweight . mampuihhh ! tepuk dahi . puas fikir macam mana nak cover . susun punya susun . so okay laaa . dah lapar sangat ni . nak makannn . pergilah makan Laksa Sekoq  .

petang tu dalam 3 lebih lepas dah makan, balik semula ke airport . pulang kereta sewa . lega tak ada masalah . so now get ready nak balik je ni . 

ingatkan dah lega hati dah . tapi tak jugakkkk . entahlah . tak senang je rasa . banyak kali pergi timbang bag . susun semula . timbang semula . susun semula . timbang semula . sudahnya cousin aku suggest pakai sweater . so at least kurang sikit berat bag tu . and betul kata dia .

now time untuk check in bag dah tiba .  dah 4 lebih dah nak dekat jam 5pm . sebelum tu last la aku pergi timbang bag . okay so far semua selamat . aku pun pergi check in bag . selamat semuanya . lega hati . so kitorang pun boarding . tak sabar nak balik . penatttt 

around 10 lebih malam tu kitorang keluar airport and gerak balik 

tapi aku sampai rumah 1 lebih nak 2am sebab adik aku nak makan . ya Allah . aku tak tahu nak meroyan ke happy ke . penat teramat tapi lapar pun ye juga . hahahahaha . makan pun nasib habis sepinggan . balik terus tidur . penat sangat



**itinerary untuk trip kali ni, tunggu next post okayy