Thursday 21 September 2017

itinerary ringkas ke Bandung 2017

memandangkan baru balik daripada Bandung seminggu dua lepas . so bumi Bandung masih bermain main dikotak fikiran ingatan jiwa . ya, sis masih belum move on . ya benarrr .

percutian ke Bandung ni adalah pertama kali sis bersama keluarga . kami belum pernah naik kapal terbang sebelum ini dan apatah lagi bercuti ke luar negara .

tak dinafikan Bandung memang sangat seronok untuk dilawati . bercuti bersama keluarga mahupun bersama sahabat .

dalam entri sebelum ini, sis dah ceritakan a to z percutian ke Bandung serta gambar gambar dan juga info info untuk dikongsikan .

dan dibawah ini antara point point penting yang sis tuliskan secara terperinci .

tarikh : 8, 9, 10, 11, 12 September 2017 (5 hari 4 malam)

tiket : Air Asia KUL-BDO-KUL (return) rm585/pax include meals (depart and return) and baggage 20kg = rm116 (for return) . 

*harga tiket dibeli semasa bukan promosi

penginapan : homestay Omah Lamping di Jalan Lamping
*reason why menginap di homestay adalah kerana pergi dengan family abah juga . total kami semua 9 orang (7 dewasa, 2 kanak kanak)

tukaran matawang : rm327 = 1 juta rupiah

putaran masa : jika waktu Malaysia 8pm, waktu Indonesia 7pm

supir/kenderaan : grab
*aku nasihatkan elok 4 orang satu kereta

itinerary : 5 hari 4 malam

day 1
● KLIA 2 (KUL) - Husein Sastranegara Airport (BDO) flight AK416 by Air Asia 6.45am - 8.05am . 
● breakfast di Restoran Sederhana, lokasi depan Hotel Harris . ofcourse nasi padang . *recommended
● check in homestay
● shopping di Pasar Baru
● dinner KFC di BTC (Bandung Trade Centre)

     **total grab for day 1 : 5 kali grab = <40k

day 2
● shopping di Pasar Baru
● lunch di gerai nasi padang Sederhana foodcourt Pasar Baru . *abang guide yang suggest dan tak dinafikan memang sedap
● shopping di outlet area Dago
● dinner di Stone Cafe, Dago Pakar

     **total grab for day 2 : 4 kali grab = <50k

day 3
● walking at Cihampelas (CiWalk)
● shopping di Pasar Baru
● walking at Jalan Asia Afrika, Alun Alun Bandung
● lunch at Java Bean bersebelahan Rumah Mode
● shopping di Rumah Mode

      **total grab for day 3 : 2 kali grab = <30k

day 4
● ke Lembang ke kita bersama tour guide nama Dani and his mini van 12 seats . *sewa 1juta rupiah for 12 hours . perjalanan dari Bandar Bandung ke Lembang lebih kurang 1 jam jika tak banyak kereta . kalau weekend confirm jammed !
   a) The Lodge Maribaya (10k)
       ▪ Gantole (30k)
       ▪ Sky Tree (10k)
       ▪ Zip Bike (20k)

             total : 70k rupiah

           **ada camera automaticly take our picture with each game yang kita main . sekeping gambar 10k

             total : 15 gambar = 150k rupiah
      
   b) Taman Begonia (10k)
   c) Floating Market (10k)

         balik ke Bandar Bandung semula

● lunch di Restoran Simpang Raya di area Dago . and of course nasi padang juga . *recommended
● shopping di Heritage
● shopping di Passion

day 5
● shopping di Paris Van Java (PVJ)
● lunch di Domino's Pizza PVJ
● shopping di Ace Living Plaza . nak cari bag scale je sebenarnya untuk timbang berat bag
● Husein Sastranegara Aiport (BDO) - KLIA 2 (KUL) flight QZ173 by Air Asia 7.45pm - 10.15pm with check in bag 20kg

      **total grab for day 5 : 4 kali grab = <40k


motif ke Bandung ni yang utama adalah nak shopping . shopping kain lace . mama sis memang gila dengan kain lace . tengah musim agaknya kot . ada harga semeter 20k, 40k, 60k, 80k, 100k, 400k . harganya jauh lebih murah tiga kali ganda berbanding di negara kita sendiri . contohnya kalau di negara kita harga mungkin semeter rm800, di Bandung boleh dapat rm200 rm300 semeter . itu belum kira kain lace biasa, di negara kita 2meter rm150 tapi di Bandung boleh dapat harga rm40 rm60 . murah kan ? so after 5 days we're at Bandung, we've got almost 50pcs kain lace . mama sis je borong sampai 11 helai . kain mahal, kain murah semua mama sis borong . shopping sakan . dan tak dinafikan Pasar Baru adalah syurga bagi wanita . 


selain shopping kain lace, of course beli baju ''i love bandung'' . adat la kan kita pergi tempat orang mesti nak beli baju dia . di Pasar Baru boleh dapat harga 100k untuk 6 helai . dan juga long sleeve 3 helai 100k . murah kan ? apa lagi, borong la baju baju tshirt bandung .


tak dilupakan juga ole ole . fridge magnet dan keychain mestilah wajib kannn . dan beli juga barangan lain sebagai kenangan daripada Bandung .


sebelum ke Bandung, parent tukar matawang siap siap 6 juta = rm1962 .

bila di Bandung, tak puas shopping punya pasal, kami tukar lagi matawang 1 juta = rm323 .

so total kami belanjakan disana adalah 7 juta rupiah = rm2285 . dan itupun masa nak balik masih ada baki dalam 50 ke 60k .

tiket flight Air Asia return KUL-BDO-KUL termasuk check in bag 20kg untuk tiga orang masa balik, dan penginapan termasuk breakfast untuk sis dan parent sis, kami bertiga untuk 5 hari 4 malam, total rm1692 .

so, total untuk percutian kami sekeluarga (3 orang) ke Bandung selama 5 hari 4 malam adalah rm3977 . 


kalau total for per person, rm1000+ . 


mungkin boleh dapat dikurangkan lagi kos jika anda tak minat shopping ataupun tak berapa shopping sangat, mahupun tak menyewa homestay untuk menginap . selain itu, mungkin juga dapat mengurangkan kos dengan promosi harga tiket flight, meal, dan check in bag . 


pesanan sis, sentiasalah survey promosi tiket flight dimana mana web yang dipercayai .


untuk gambar gambar, anda boleh lihat di entri sebelum ini dan juga instagram sis @eykadaniah dengan #eykadaniaXbandung

keluarga bahagia sis 💕 

happy family
my aunt, my uncle, my cousin, my nephew


No comments:

Post a Comment