Friday 23 August 2019

sahabat dunia akhirat ku sayang

seribu satu perasaan yang terbuku didalam hati aku yang tak termampu diluah dengan kata kata . gembira, sebak, bermacam perasaan yang bermain . manakan tidak, manusia inilah yang bersama dengan aku, membesar bersama, hidup di zaman hingusan, jatuh bangun bersama, 

tak dapat aku nak jelaskan satu persatu pengorbanannya untuk diri aku . hanya Allah yang bisa memahami isi hati aku betapa aku menghargai insan ini, betapa aku sayangkan insan ini, semoga saja Allah yang hanya membalas segala jasa budi pengorbanan dan segala kebaikannya

ya Tuhan . disaat aku beberapa kali di dalam kekecewaan mendaki puncak kejayaan . insan ini yang banyak memberi impak positif kepada ku . tak putus kata semangat . tak putus bersama dan menemani aku hingga aku bangkit . 
ya Tuhan . dulu, aku fikirkan bila kita dah berjaya ke gunung kejayaan untuk ke puncaknya . kita punyai masa depan yang dah separuh cerah . tapi sayang, sangkaan ku fikiran ku ternyata meleset . makin lama makin aku sedar . kejayaan bukan bilamana kita berada di gunung mahupun menara gading itu . tapi kejayaan itu ada dalam pelbagai bentuk dan ianya ada pada diri kita sendiri untuk mendapatkannya . bodohnya aku, jahilnya aku berfikiran begitu . diketika aku di menara gading yang sejengkal lagi untuk kecapi kejayaan . sahabat ku ini sebenarnya jauh lebih berjaya dan kejayaan itu telah ada didalam genggamannya sebelum aku . dan diketika aku gugur tersungkur menyembah bumi, insan inilah yang tangannya dihulur membangkitkan aku tanpa melihatkan siapa aku bagaimanapun aku
ya Tuhan . pernah aku luah rasa kenapa nasib aku begitu malang . aku diuji dengan kesihatan yang membataskan aku untuk terbang bebas dan akhirnya aku akan gugur lagi menyembah bumi, aku diuji dengan fizikal yang tidak sehebat orang lain yang seringkali dipandang rendah, aku diuji dengan bermacam macam satu demi satu . insan inilah ya Tuhan seringkali ingatkan aku sedarkan aku akan takdir Mu akan kebesaran Mu dan hikmah Mu

ya Tuhan . masih segar diingatan aku disaat aku mulai merasakan kehilangan orang yang dianggapkan adik, insan inilah saksi segalanya . yang melihatkan air mata aku gugur, insan inilah yang menghulurkan tangannya dibiar digenggam aku, yang meminjamkan bahunya disaat aku rebah tertunduk

ya Tuhan . tak dapat dan takkan pernah aku lupakan disaat aku bertarung nyawa . insan inilah yang membantu aku menyelesaikan segala yang diminta aku . melunaskan segala hutang yang aku ada . berjumpa semua insan yang aku kirimkan kata kata ucapan . insan inilah yang bersusah payah kudratnya demi aku . insan inilah yang setia dengan aku selama aku dalam pertarungan nyawa dari awal hingga ke akhirnya . .

ya sahabat . kau nak tahu beberapa rahsia ? 
rahsia yang dah lama aku simpan dan diamkan .
aku takut nak panggil mak ayah kau dengan nama "mak" "ayah" . entahlah kenapa walau kadang mereka menggelarkan diri mereka mak ayah tapi jauh sudut hati aku betapa gembiranya dan pada masa sama aku takut nak menyebutnya . mak ayah melayan aku baik sangat . tiap kali aku tidur rumah, mereka jamu sarapan sedap sedap, ajak makan sama, layan aku sama seperti anak sendiri, manjakan aku . 
ya sahabat . kau nak tahu tak ? 
dulu aku tak suka kau . kau berlagak . kau poyo . kau acah kau hebat . kau acah kau gengster . satu geng kau aku tak suka . bukanlah tak suka maknanya benci tapi aku tak suka sebab takut . aku takut dibuli, ataupun dihina lagi . masih kekal diingatan aku diketika kita di tingkatan tiga, masatu kita di perpustakaan . aku duduk meja berseorangan tiada kawan, kau nampak aku sorang, kau usir aku dengan berkata "eh kau blahh kitorang nak duduk sini" sambil pulak diapi apikan oleh geng geng konon gengster kau dengan berkata "bencilah tengok muka kau" . Allah saja yang tahu betapa hancurnya hati aku diusir dihalau . aku diam lalu pergi duduk ditempat lain dengan menebalkan muka . 
ya sahabat . kau nak tahu lagi tak ? 
sejak kita naik di tingkatan empat, segalanya berubah lama kelamaan . kau sedar tak ? kau perasan semua perubahan ? kita sekelas cuma belasan orang . perancangan Allah itu hebat . dengan begitu sikitnya bilangan kita, cuma beberapa 'kuntuman bunga' didalam kelas makanya ia membuatkan kita semua akrab dan berkawan rapat . hari demi hari . pertelingkahan persefahaman yang sebelum ini seolah terlupus tak pernah terjadi . kau seringkali bertanyakan aku kerja, bertanyakan bagaimana nak membuat kerja, . kita semua bersama bersatu . sedarkah dikau ? naik pula kita ke tingkatan lima . kita semakin akrab . belajar bersama, sehingga kita berdua sanggup belajar math diam diam dengan cikgu Iman bagi fomula rahsia fomula mudah yang digunakan yang senang diingat hinggakan kitalah yang paling hebat math dalam kelas . kita antara yang terhebat, sampaikan cikgu Azita belanja kita kfc sebab markah antara yang paling tertinggi . masih ingatkah dikau ? 
ya sahabat .
bila tiap khamis pagi pasti akulah antara pelanggan tetap yang akan membeli nasi ayam keluarga kau yang berniaga di pasar tani . kau sendiri sedar tak sedar tahu akan makanan kegemaran aku iaitu nasi ayam . hinggakan kadang kalau aku terlupa nak pesan, kau sendiri dah sediakan nasi ayam untuk aku satu bungkus siap ayamnya lebih seperti kebiasaan . kau nak tahu apa aku rasa ? aku rasa "aaaaa baiknyaaa" sambil tangan di dada . dari hari ke hari aku sedar kau seorang yang baik . kau bukan jahat tapi kau nakal . orang lain yang ikut nakal kau bukan kau yang pelawa . tapi kesalahan semua diletakkan keatas kau seorang . tak siapa tanya kau yang sebenarnya apa . tapi aku nampak . aku nampak kau bukanlah seperti apa yang mereka fikirkan . malah kau jauh lebih baik dan hebat dari mereka . bila tengahari dalam menunggu untuk kelas tambahan, kau pula bagaikan menjadi pelanggan tetap aku kirim beli mihun goreng dan milo ais sedap di taman rumah aku tinggal . kadang bila kita tak cukup duit, kita sudi berkongsi sama rezeki . sedarkah kau apa yang Allah aturkan ?
ya sahabat . kau ingat lagi tak ? 
hari kita nak SPM . kau peluk aku kuat . kita saling bermaafan . kita semua sekelas siap berpakat kalau tak boleh jawab, jom keluar cepat . tapi Alhamdulillah kita dapat jawab dengan sehabis baik . sebab kita dah tekad nak buat yang sehabis baik nak buktikan kat cikgu Faridah Maulud yang kita tak "bangang" seperti yang dikatakannya . kau ingat lagi Faizi orang terakhir keluar dari dewan peperiksaan kertas Sains Pertanian ? dia duduk sampai habis masa kertas dan tengoklah hasilnya, dia pecah rekod dapat keputusan paling gempak dalam subjek paling susah tu . atas kata kata pedas cikgu BM kita tu, lihatah kita sekarang syukur menjadi manusia yang sebenar benar manusia . berguna pada diri dan keluarga walau tak sehebat mana kerjaya kita semua . kau ingat lagi SPM kita seat kita jauh ? walaupun jauh, masa peperiksaan kertas Seni, kau gigih datang kat aku tanya idea . kau nampak tak semangat sebab kau mati akal, tapi aku tenang untuk kau, dan kau kembali ceria .
ya sahabat . kau nak tahu ? 
masa hari untuk kita ambil keputusan SPM . aku paling tak sabar nak jumpa kau . kita pergi ke sekolah sama sama . ambil keputusan sama sama . dapat keputusan dan kita saling bertukar lihat keputusan masing masing . muka kau nampak lain tapi kau cuba untuk tenang . hidup kita lepas SPM macam orang tak ada arah tuju . lepak sini sana . hinggalah aku masuk belajar . balik cuti masih nak melepak . aku tak boleh kalau tak jumpa kau . 
ya sahabat . kau nak tahu ? 
aku malu . malu sangat . aku malu dengan kau . kau ada segalanya sedangkan aku tiada apa dan masih terkapai kapai dengan diri aku sendiri . beruntungnya kau . hingga sekarang pun aku masih tiada apa . 
ya sahabat . kau nak tahu tak ? 
aku pernah cakap belakang kau . ya sahabat ku sayang . aku jujur pernah cakap belakang tentang kau . tapi bukanlah aku cakap kosong . aku bercakap bersama adik adik tentang cinta buta kau . tapi iyalah kan, nama pun cinta buta . kau tak sedar kau tak nampak dek kerana butanya cinta . aku tak mampu nak kata apa . tak mampu nak halang apatah lagi tak mungkin aku nak paksa . apa yang bisa aku boleh buat adalah aku mendaokan yang terbaik buat kau . sampailah kau sendii yang sedar kau sendiri yang celik . betapa bersyukurnya aku ya Tuhan . 
ya sahabat . kau nak tahu ? 
hancur hati ku bila kau kecewa dek kerana lelaki . luluh hati aku bila kau menangis depan mata aku melepaskan lelah yang kau pikul . hati ku bagai ditikam bagai dirobek bila kau tanya apa salah kau, apa silap kau, kat mana silapnya, dan yang paling aku tersentuh bila kau berkata "aku bab lain aku hebat tapi soal hati dan perasaan aku bodoh aku tak guna" . kau nak tahu betapa kecewanya aku tak dapat buat kau jauh dari kekecewaan itu, tak dapat buat kau tersenyum . 
ya sahabat . kau nak tahu lagi ? 
aku adalah insan paling gembira dan akulah juga insan yang paling hiba sebak bila kau kata kau akan bertunang . ya Tuhan . akhirnya . kau bakal kecepi bahagia kau tak lama lagi . 
sahabat, 
tak dapat aku nak nyatakan segala . cukuplah . terima kasih sahabat ku sayang yang sudi terima aku sudi berkawan dengan diri ku yang tak seberapa . ingatlah wahai sahabat ku sayang, walau dimana jauhnya kita walau macam mana pun kita . ingatlah, aku akan ada untuk kau . carilah aku jam 2 3 pagi pun . menangislah depan aku selama berjam kau mahukan pun . menjeritlah sepuas hati kau ditelinga aku pun . tumbuklah aku semahu mana kau pun . ingat, aku ada untuk kau . aku sayang kau dunia akhirat wahai sahabat ku sayang . .

dan,

tanggal 16 august 2019 maka terakadlah nikah sahabat ku yang dilafazkan oleh pilihan hatinya yang berwalikan ayahandanya . disaat terlafaznya akad, dada berombak entah mengapa . aku sendiri tak tahu apa yang patut aku rasakan . gembira, sebak, macam macam . apa mungkin aku patut bersedih ? kerana sahabat aku kini telah menjadi milik orang dan mungkin selepas ini aku berseorangan tiada lagi berteman sahabat ? atau mungkin aku patut gembira kerana sahabat aku kini telah menjumpai kebahagiannya ? atau bagaimana ? 

tengoklah gambar ini . 
jelas seribu satu makna dan perasaan .

katakan pada aku, apa yang aku harus rasakan ?
ya Tuhan . sebaknya aku


ya sahabat ku, sungguh aku katakan menyesal aku tidak mengenali diri mu rapat dengan mu sejak dari awal perkenalan kita dizaman sekolah rendah sedangkan kita sekelas tak pernah terpisah lain . suatu kerugian yang amat besar buat diri aku . sedangkan kau amat berharga . kau amat mulia dan hebat . sehebat nama mu (Pintar Untung Tulus Emosi Ramah Ikhlas Ikhtiar Zuhud Zahir Amanah Tenang Unik LemahLembut Eklusif Rabithah Mesra Akhlak) . kau adalah yang terbaik . suatu yang sia sia pengenalan kita hanya sekadar kenal pada nama dan jasad tapi tidak pada hati dan jiwa . sungguh aku kesal . dan sungguh pabila aku benar benar mengenali diri mu, belum puas aku bersama mu sahabat . aku minta Tuhan janganlah jauhkan diri mu daripada aku sahabat . sungguh aku tak rela hilang mu wahai sahabat ku sayang . tak rela aku bila kau berjauhan 

ya sahabat ku . kini aku bersyukur . aku lega . akhirnya sahabat aku ini telah dapatkan kebahagiaan yang selama ini diidamkan . tiada apa lagi perlu aku risaukan . pergilah bersama kebahagian mu wahai sahabat dunia akhirat ku sayang 

aku disini mendoakan semoga kebahagian mu sentiasa mengiringi mu hingga ke Syurga . . 










coretan daripada insan yang sayangkan sahabatnya,
eykadania

5.57am | 24 Aug 2019

No comments:

Post a Comment